Showing posts with label suka suki lelaki perempuan. Show all posts
Showing posts with label suka suki lelaki perempuan. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Bahana Gangguan Seksual

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,, :)

Dah lama tak update entry,,,,,,
Ada masalah dengan connection,,
hujung hujung bulan ni,,,redha je la

Kembali kepada tajuk entry,,,
"Bahana gangguan seksual"
terdapat pelbagai jenis gangguan seksual,,
untuk hari ni,,saya hendak cerita tentang gangguan seksual melalui percakapan,,,
selalunya,,,ini melibatkan kenalan rapat ataupun teman istimewa kita,,
Ramai yang tidak sedar tentang hal ini,,
walaupun dianggap ringan,,
tetapi,,ini boleh mendekatkan kita kepada zina,,,
jadi,,harus berhati-hati,,


"Gangguan seksual melalui percakapan"

Girl    : You,,kita nak buat apa lepas ni??

Boy   :kita bagi "burung i makan" nak tak??

Girl   :Ish apa you cakap ni!!!

Boy  :Eleh you ni,,i bukan orang lain,,,bakal laki you jugak kan,,

Girl   :erm,,

Boy  :eleh,,kata sayang i,,,"kalau melawan 9 bulan tau"

Girl   :ermmm,,you nak apa ni???

Boy  :camtulah sayangg,,,"atas boleh bawah boleh" ,,

Bewareeee!!!!!


Benda ni selalu terjadi pada couple-couple bawah umur,,,
saya bukan suka-suka terbitkan entry lucah macam ni,,
ini memang kenyataan sekarang,,,
yelah bawah umur kan,,,
peringkat umur yang ingin mencuba semua benda,,,
mungkin boleh menahan nafsu,,
tapi kebanyakan nya kalah dengan pujuk rayu,,,
konon,,orang tu segalanya,,,
bila dah bergaduh,,
wall di fb jadi mangsa,,,,!!
sampai dah block orang pun nak bagitau,,
then,,
Dua tiga hari lepas tu,,
Tukar relationship baru,,
Macam tukar baju!!!

*wah emo gila,, :)

Apa pendapat rakan-rakan semua????
-para blogger ibu/ayah.....ada nasihat???

Monday, October 17, 2011

Awek kau memang cantik,,,Serius aku tak tipu !!! Tapi,,,,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,

Kringggg,,,kriinnnggggg,,,,

Razi    : 
Assalamualaikum,,siapa yang memanggil ni ye??

Aiman :  Waalaikumsalam,,,ni akulah Aiman,,,

Razi    :  Owh Aiman,,,haaa,,,ada apa wei??

Aiman : Esok jom kluar pergi jusco,,,aku nak keluar dengan awek aku,,,boleh la,,kenalkan
              dekat kau sekali,,

Razi    : Eleh,,nak menunjuk ar tu,,,okeh,,sok aku datang,,,pukul 10.00am tau,,

Aiman : Ok,,terima kasih,,

Dipendekkan cerita,,,keesokan harinya,,setelah masing-masing sudah berjumpa dan hendak pulang ke rumah,,

Aiman  :
Amacam Razi,,,cantikkan awek aku,,,kalau kau nak cari,,macam ni lah,,,huhu,,baru taknak lepas,,

Razi     : Serius aku cakap,,cantik gila awek kau,,,,semua orang pandang je tadi,,,

Aiman : Eleh,,jangan jeles,,tengokla siapa pakwenya,,heheh

Mereka pun pulang ke rumah masing-masing,,



Sebenarnya,,jauh di sudut hati Razi,,

"Aiman,,,,Awek kau memang cantik,,serius aku tak tipu,,,"
"Tapi sayang,,,"
"Kau biarkan wanita yang kau sayang keluar dengan berseluar pendek ketat atas paras lutut,,"
"Baju nipis ketat body shape yang hanya di cover dengan sweater yang tak berzip"
"itu ke yang kau banggakan??"
"Kau jaja kecantikan orang yang kau sayang??"

"Aiman,,,,Awek kau memang cantik,,serius aku tak tipu,,,"
"Tapi sayang,,,"
"Dengan selambanya kau berpelukan "
"kau tak hiraukan orang awam pun"
"Nanti yang dipersalahkan,,,awek kau jugak"
"Kau suka ke macamtu??"
"Bila aku tegur"
"Aku pula Yang dituduh "kolot" "

"Aiman,,,,,Awek kau memang cantik,,Serius aku tak tipu,,,"
"Tapi sayang,,,"
"Atas dasar apa kau bercinta???"
"Aku harap kau bercinta atas dasar kau akan membimbing dia ke jalan Yang betul"
"Dan bukan hanya mengikut nafsu semata"
"Kalau kerana nafsu"
"Bahagia cuma untuk sementara"
"Aku doakan kau sedar "Man""
"Aaaammiiinn"

Nota pengarang : Dalam hal ini,,kita tak boleh lah nak salahkan wanita je kan,, :)
                              "Terdidik wanita,,,Terdidikk Generasi"

Friday, October 7, 2011

Tanda lelaki sayang pasangannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,


     Sejak belakangan ini,saya sering membuat entry mengenai perempuan,jadi di sini saya akan berpindah pula pada sifat-sifat lelaki.Kredit pada Sis farah kerana request..Tanpa tulis banyak,kita straight to the point je lah yee...

Tanda lelaki sayang pasangannya:

Perubahan sikap yang dapat dilihat dengan jelas

Kalau lelaki tu ikhlas dan setia dengan pasangannya,kamu dapat lihat dari perubahan sikapnya.Maksud saya di sini,kamu akan lihat dia jadi seorang yg lain selepas mengenali kamu.Hati lelaki yang dianggap keras sebelum ini  jadi lembut kerana kamu.Bahkan dia sanggup melakukan apa saja untuk kamu walaupun kadang-kadang menyusahkan dirinya.Tapi mereka takkan bagitahu yang kamu menyusahkan walaupun kamu boleh faham.

Bersungguh-sungguh memenuhi kehendak kamu dengan rela hati.

Jika kamu mendapat teman lelaki seperti ini,kamu tidak silap memilih teman hidup.Tapi janganlah guna kesempatan ini untuk mengikis duit dia.lelaki kalau dah sayang,tiada duit pun dia tetap akan usahakannya demi kamu.Tengah penat pun dia sanggup jumpa kamu kalau kamu hendak.Ini menunjukkan dia begitu serius dengan kamu dan bukan untuk mengambil kesempatan.Kamu beruntung kalau jumpa macam ni!!!

Akan sentiasa memberi nasihat

Nasihat ini bertujuan untuk mengingatkkan kamu.Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia betul-betul sayang supaya hubungan antara kamu berjalan lancar.Melaui nasihat inilah dia akan cuba untuk mengubah kamu ke arah kebaikan,Kalau sebaliknya jangan lah ikut.kamu tahu lah apa baik buruknya.Jadi terbukalah mendengar nasihatnya.

Sanggup mengubah perwatakan machonya

Dah nama lelaki,kalau jumpa perempuan biasa lah kan,cover sana sini,nak tunjuk macho.Tetapi kalau dia dah sayang kamu,dia dah tak peduli tentang macho.Sebaliknya dia berubah seperti budak-budak untuk mendapat perhatian kamu.Dalam erti kata lain,manja-manja laa,,eeuuuww.Dah takde istilah macho dah masa ni.Lelaki sanggup buat macamni demi melihat pujaan hatinya melayannya lebih dari orang yang pernah dia sayang.Jadi jangan lah igat dia mengada-ngada.Sebenarnya kamu beruntung ..

Sebenarnya saya rasa ada lagi yang boleh dikongsikan,,tapi biarlah dulu,,kalau ada yang nak,,nanti saya sambung lagi,,,,,,,,,,,,,,

nota pengarang:Penulis ada sifat-sifat macam ni,,ada yang berminat tak???,,kesian dia 18 tahun menduda,,hehehe

Thursday, October 6, 2011

apa yang lelaki patut tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nota pengarang:kerjasama anda amat dihargai,ilmu-ilmu yang anda beri, untuk perkongsian bersama juga :).Anda tidak rugi apa-apa .Malah mendatanngkan manfaat apabila apa yang anda tulis dibaca oleh semua :)

Wednesday, October 5, 2011

kesimpulan menolak cintanya dengan baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,



    Semalam saya ada membuat satu entry mengenai "tolong kerana sahabat,bukan kerana cinta??" klik untuk ke entry tersebut.

    Isu nya ialah : "Kita membantu seseorang atas dasar sahabat,tetapi beliau memendam perasaan pula pada kita,,kerana kita sering membantu beliau,,,bagaimana hendak tangani??"

     Setelah berbincang sesama rakan blogger yang lain,apa yang saya dapat simpulkan adalah seperti berikut

           Kita kena pandai menjaga kata-kata kita,kerana perkataan boleh merosakkan hati seterusnya menimbulkan masaalah.kredit untuk...............


Berikut adalah rakan-rakan bloggers yang pernah mengalami situasi ini,,mari kita belajar dari pengalaman mereka ...Kredit untuk


                   Kita semua sedia maklum bahawa mereka yang terkilan kerana kita menolak cinta mereka akan cuba menjauhkan diri dari kita,,,Persoalannya..."Mengapa mereka menjauhkan diri dari kita??tak bolehkah jika terus bersahabat???"...kredit untuk...




        Tapi bagaimana pula jika mereka masih lagi terkilan dengan keputusan kita???apa nak buat??"Berikan masa padanya untuk mencari ketenangan"kredit untuk,,




  Apa yang penting untuk kita menolak cinta seeorang ialah,,,

"Berlaku jujur pada diri sendiri"kredit untuk,,,



"Berterus terang supaya si dia tidak mengharap"kredit untuk..

" Jangan cuba untuk memberi harapan"kredit untuk..
Jadi,,apa inisiatif lain yang boleh kita buat?????Kredit untuk,,

Nota pengarang:  Berkongsi lah ilmu,,kerana perkongsian ilmu seperti ini,,sangat bermanfaat untuk orang     lain,,,,selain itu,kita akann dapat pelbagai ilmu daripada proses perbincangan,,berbanding kita memikirkanya sendiri,,

          Di sini saya senaraikan nama-nama bloggers yang suka berkongsi ilmu untuk orang lain..
Follow lah mereka,,anda takkan rasa menyesal kerana ruangan komen anda aKan sentiasa diisi,,mereka pengkomen tegar.


Tuesday, October 4, 2011

Tolong kerana sahabat bukan kerana cinta???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,


              Tajuk entry agak kebudak-budakan kan?Saya bangkitkan isu ni kerana,,ia sering dipandang temeh oleh sesetengah pihak.Untuk pengetahuan pembaca semua,isu ini lah antara penyumbang pada kecurangan pasangan,,bahaya jika tidak dipandang serius.

         situasi yang saya cuba bangkitkan ialah dimana kita membantu seseorang kerana beliau merupakan sahabat kita,,,,tapi apa yang berlaku,,beliau memendam perasaan yang lain pula pada kita,,bagaimana hendak tangani???supaya beliau tidak terkilan??

Untuk lebih memahami tentang isu ini,,baca cerita di bawah.............

Situasi ...
"Awak,,,awak selalu bantu saya kan,,masa saya senang awak pun sama-sama hiburkan saya,,masa saya    susah pula,,awak lah yang selalu bersama dengan saya bagi saya kekuatan.Saya gembira sangat wak"

"Jika saya ada masaalah,awak lah orang yang saya cari,,sebab awak selalu bantu saya,,awak cakap kita ni sahabat,tapi perasaan saya pada awak dah lebih dari seorang sahabat wak,,awak faham kan maksud saya ni??"

"errrr"

           Pasti ada diantara kita pernah mengalami situasi begini kan???Kita membantu kerana dia adalah sahabat kita,,,dah kata sahabat takkan ada pada masa senang je kan?haruslah saling bantu membantu.

        Tapi masalahnya,,bantuan tu itu sering disalah anggap,,dan mulalah muncul satu perasaan yang lain iaitu perasaan yang dia perlukan kita lebih dari seorang sahabat......

        Kita juga tak boleh nak salahkan mereka,,dah perasaan macamtu kan,,,benda ini jugalah yang selalu menyebabkan tercetusnya cinta di alam maya,,masing-masing tak pernah berjumpa pun,,tapi disebabkan caring dan sangat memahami,,mulalah timbul perasaan lain..

        Persoalannya sekarang,,mungkin ada sesetengah yang boleh terima kerana mereka tolong pun atas dasar suka pada seseorang tu.

        Tapi bagaimana pula,,jika mereka tolong atas dasar persahabatan,,,mereka ikhlas bersahabat,,jadi tak salah membantu sahabat mereka pada situasi susah dan senang??

        Di sini,,marilah kita sama-sama memberi pandangan,,,bagaimana hendak membalas jawapan jika berlaku situasi seperti diatas,,,bagaimana hendak bagitahu yang kita hanya ingin bersahabat..tidak lebih dari itu

Dan yang paling penting,,mereka tidak terkilan,,dan masih dapat meneruskan persahabatan seperti biasa,,



"beri pandangan anda di ruangan komen,,mana tau anda akan dapat membantu mereka yang ada masalah seperti ini dan tak salah kalau kita berkongsi ilmu kan"

"pandangan yang bernas akan saya kreditkan pada entry kesimpulan yang akan saya buat selepas ini"

nota pengarang: Saya pernah alami situasi di atas,,apa yang menyedihkan,,sahabat saya terkilan dengan kata-kata saya,,lalu menyebabkan kami putus persahabatan,,,tak paham,,,berkawan pon boleh putus putus

"Segala pandangan anda amat dihargai :)"               

Tuesday, September 27, 2011

Lelaki,,,tolonglah faham golongan wanita..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

            Semalam saya ada membuat entry mengenai wanita yang perlu membantu golongan lelaki untuk menjaga pandangan mereka.Dah baca ke?..Rasanya tak fairlah kalau hanya wanita je yang perlu bantu lelaki kan,habistu macammana dengan dia orang?Jadi pada entry kali ini,saya akan bukak tajuk "lelaki,,tolonglah faham golongan wanita...."...Harap korang semua baca lah. peaceee...

           Apa yang kitaorang kena faham ni???tak faham betul lah wei,,,,nak kena faham jugak ke???saya ada jugak refer to search engine,,apa yang kitaorang kena faham sal wanita ni....pastu saya refer dekat member perempuan pulak,,dia orang kata betul lah tu,,apa yang betul????hahahah

           Nak diringkaskan cerita,,"lelaki(aku sekali) tolong lah faham wanita ni".Depa ni len macam sket,dah mula dah dialek mix berterabur,,hehe.Luar strawberry dalam coklat,,sekali kita ayat cairr yop..kalau jenis perempuan yang luar konkrit dalam besi sekalipun kalau kita kasi ayat guna formula kimia,,ai^2+<3+yu^3-> bertalu talu,,lebur jugak depa,,so kita ni lelaki kena la beringat,,jaga kata-kata ,,jgn dok nak cover je,,sekali depa dah feeling,,yg lagi dua tu nak campak mana??heheh..pergh terus dua hahaha,,Sanggup ka nak jadikan tiga,,perghh melampau,,heee (bergurau).Kalau betul-betul ikhlas takpa,nanti kita pon dok suka,,payah yop,,di sini menanti,di sana menunggu,hehehe.Kesian lah kat depa ni,,sama sama lah kita bantu membantu ,,,hee


              Kalau dah terlanjur depa suka kita pun,,,balas la elok-elok,,,depa pun ada hati dan perasaan jugak,,jangan nak salah kan depa jaa,,janganlah sebab kita tak suka,,kta pi pakat ramai-ramai panggil satu uni,,dok baca sajak khas bertajuk "kutuk mengutuk amalan mulia"  depan pintu rumah depa,,malu yop oiii,,,lebih baik kita dok bincang elok-elok,suka cakap suka,,dah ada cakap dah ada,,,jgn sampai dah terkena nasi kangkang baru kita nak cakap lek lok,,hehehe .Pastu nak salahkan depa jugak??tak patut tak patut.

            then,,ni last pulak yop,,kalau kita suka kat depa pun,,pastu dgn tak sengaja depa pun dah syok kat kita,,kenal lah dalam dalam dulu yop,,jadi sahabat dulu,,kawan karib,kawan terbaik,perfect admire ,,,jgn risau ,,depa tak lari mana dah,,,then bru lah serius yop,,ni tidak,,bru pangkat junior,,kenal pun bru tiga hari dah dok panggil,sayang,baby,anje,bucuk,jelita,mama,intan,payung,berlian,emas permata,baiduri,,kah kah kah,,bukannya apa,,nanti takut,,belum sampai sebulan,,panggilan baby dok bertukar jadi "babi",,,kesian lah depa,,salah kita jugak,,serkap jarang ja,,,Tak boleh nak salah kan depa jaa,,,
Sekian......................

Nota pengarang : jaga lah hati perempuan ni yee,,depa tolong kita,,kita pon kena tolong depa,,cuba jenguk kisah mak bapak kita bercinta dlu,,bru berkat :)

Sekian terima kasih,silakan komen :)


             






           

Monday, September 26, 2011

wahai wanita,,kesiankanlah kami ni,,lelaki

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

        Hari ini tak tau ar nak citer apa,,,tapi nak buat entry jugak hehehe,,Entry kali ni khas saya tujukan pada wanita,,tapi kalau lelaki nak komen,,silakan,,ada kena mengena dengan kita yop...

        Wanita,,pernahkah anda terfkir,,kerana anda lelaki boleh hanyut,,hanyut apa??,,nanti saya tunjuk contoh,,heee....kalau anda keluar or bahasa idealnya "hang out" pakai la sopan sikit yee,,bersopan tu tak semestinya hang kena pakai jubah dan tudung labuh ,,,hehehe,,ccukup lah sekadar tidak memakai skirt or pakai pakaian yg tak patut,,bahasa kasaqnya,,nampak lurah or sebagainya..Hang tau la lelaki ni kan,,karang kitaorang pakat dok usha baik punya,,hang biising,,tapi hang yang buat pasaii,,heheh

        Bukannya apa,,kesian kat lelaki dik or kak oiii,,kena jaga mata,,,buatnya tengah drive,,hang pakat lalu,dgn pakaiaian yg mahal tapi kain dak complete,,,dengan lenggok yg romantis,,boleh jadi malapetaka hang tau dak,,,sekali pandang memang tahap boleh bawak maut punya.Kesiankan lah kat kami ni,,takut-sok dok jadi macam ni haa,,,Dosa kami dapat siap dengan package sekali.



            Hangpa tak kesian kat kami ka???Hangpa bangga ka kalau kami dok pakat usha hangpa,,atas bawah atas bawah,,tak malu ka??Sedangkan yang kat tv pon,,kami dak berkelip,,ni kan plak hangpa  yang bgi free show,,murah sangat ka??,Bukan suruh jalan pakai bju kurung,,Tapi tak salah pun,,Cuma,janganlah dok tayang2 apa yang lelaki takda tu,,tau la hangpa ada,,tau la lelaki punya size lain,,Ayat dasyat dol,,boleh kena banned ni,,heheh
Hangpa tak kesian kat kami ka???Hangpa nak kepala kami putus macam ni ka????Dah kluar surat kabaq,,bru semua dok pakat nak sedaq,,,



                 Kasihankan lah kami,,wanita oi,,kami nampak hangpa kami toleh tempat lain,,tapi tempat yg kami toleh pun nampak jugak geng geng hangpa,,,nak suruh kami jalan tutup mata ka??Fakta untuk wanita,,,kalau nnak pegi date ka,,pakai la elok elok,,ingat kami suka ka lau pakai pakaian tak sopan,,kami rimas tau tak,,tgk lelaki lain dok pandang,,,dok usha atas bawah depan belakang,,,setan pon dok pusing kiri kanan kiri kanan :).Kami cakap la suka,,bab dok nak jaga hati hangpa ni.Kasihanlah kat kami.dok menipu aja.
Lau hangpa gi date pakai elok elok,,sejuk hati kami,,sayang makin betambah,,hangpa pun selamat ,,orang lain dak mengata pasai hangpa,,, :)

Nota pengarang :maaf dialek berterabur,,mix perak,kedah,pineng .Harap maaf kerana ada menggunakan bahasa yang agak kurang sopan untuk entry diatas.

Sekian terima kasih.silakan komen

Thursday, September 15, 2011

Mengapa cincin di jari manis????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..... :)
         Setiap daripada kita pasti pernah menghadiri majlis seperti  pertunangan atau pernikahan dan ada juga yang telah melaluinya sendiri.Adakah anda perasan,setiap kali wakil dari sebelah pihak menyarungkan cincin,cincin pasti disarungkan ke jari manis.Tapi pernah jugak jadi,,cincin disarungkan ke jari tengah sebab  yang menyarungkan tu menggeletar heheh.Pernah tak anda terfikir mengapa cincin disarungkan di jari ke empat(jari manis) dan tidak di jari-jari yang lain?

         Mengikut kajian,perkara ini bergantung kepada budaya,tradisi,dan kepercayaan sesebuah Negara.Misalnya kepercayaan di Negara-negara barat.Hasil kajian daripada pengkaji  mereka, mereka berpendapat bahawa jari manis mempunyai pembulur darah yang juga dikenali sebagai “Vena Amoris”.pembulur darah ini  bersambung dari jari manis terus ke jantung.Jadi,mereka mengaanggap cincin harus disarungkan ke jari manis.


        Sebaliknya,mengikut kepercayaan di Negara China,Setiap jari yang terdapat mempunyai kaitan dan maknanya yang tersendiri.Mereka beranggapan,ibu jari melambangkan ibu-bapa,jari kedua(telunjuk) melambangkan adik beradik,jari ketiga(tengah) melambangkan diri sendiri,jari keempat(manis) melambangkan ikatan suami isteri dan jari kelima(kelingking) melambangkan anak-anak kita.

 
         Mari kita cuba satu permainan yang menarik.Rapatkan tangan anda,kemudian  cantumkan jari ketiga (seperti gambar di atas).Selepas itu cantumkan juga jari-jari anda yang lain (seperti gambar di atas).
1.       Cuba buka dan renggangkan ibu jari.Ibu jari pasti boleh direnggangkan.Mengikut kepercayaan di Negara China,ibu jari mengawakili ibu bapa.Mereka percaya bahawa setiap orang akan merasa sakit dan akan mengalami kematian.Jadi,ibu jari boleh direnggangkan.

               Rapatkan semula ibu jari tadi.Kemudian,cuba renggangkan pula jari kedua (telunjuk).Jari ini juga boleh direnggangkan.Jari telumjuk pula melambangkan adik beradik.Walau bagaimana rapat pun kita dengan adik beradik kita,satu hari nanti mereka juga pasti akan meninggalkan kita dan mempunyai keluarganya sendiri.

               Selepas itu,rapatkan semula jari telunjuk tadi.Sekarang,cuba  renggangkan jari kelima(kelingking) pula.Saya pasti,jari ini juga boleh direnggangkan.Jari kelima pula melambangkan anak-anak kita.Ini sama seperti adik beradik,walau bagaimana rapat sekalipun,mereka tetap perlu meninggalkan kita.

4           Rapatkan semula jari kelima.Sekarang cuba renggangkan jari ke empat(manis).Pasti tak boleh kan???.Jari  keempat melambangkan persahabatan,cinta dan ikatan suami isteri.Ini membuktikan bahawa ,jika telah berkahwin dan mempunyai ikatan,hubungan cinta harus terus terjalin hingga ke akhir hayat.Inilah pengertian cinta yang sebenar.

Terim kasih.Silakan komen :) (pening kepala fikir dan penat menaip heheheh)
         

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...