Monday, October 31, 2011

Terima kasih mak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Semalam saya ada lah pergi satu tempat ni,,,
"fun fair"nama tempatnya,,
Tapi bagi saya,,
ni bukan fun fair,,
nama yang terbaik "burst your money fair"
yelah,,,semua bermain tak ingat dunia,,
Hadiah dia tak berkualiti pun,,
Saya pergi ke sana dengan satu tujuan,,
Untuk menghapuskan sifat malu yang ada dalam diri ni,,,
Tapi,seperti biasa,,tak berjaya,,,hahaha,,
Nak dijadikan cerita,,
Saya pun stalk la perangai2 pengunjung kat sini,,
tetiba nampak satu couple,,
memang pasti budak sekolah,,,
kemain lagi bersayang-sayang ,,
jealous owh hahah,,
dalam hati ni,,"untunglah dapat awek comel"hahah
Then,,saya belek belek la phone saya,,
Tiba-tiba,,,
Omg,,Skrang dah pukul 12.45am,,,
Apa couple tu buat kat sini,,
bermesra dekat tempat yang tak berfaedah macam ni???
Macam mana boleh kluar malam ni???
saya memang jakun,,hahahah

bila family dah datang,,untuk angkut saya balik,,,
terjadi lah perbualan ni dalam kereta,,

MAK  :Camne???malu lagi tak,,

YEN    :Tak berubah pon,,,

MAK   :
(SENYUM JE)

YEN    :Suka pula mak,Tadi yen nampak ar couple ni,,,comfirm budak sekolah,
             dating kat situ,,,tapi masalahnya,,dah pukul berapa ni,,,senang je diorang
             dapat keluar kan,,

MAK  :huh,,Diri awak tu jaga,,,asik nak bercakap pasal orang je,,,diorang ada family,,
            pandailah dia menjaganya,,

YEN   :errr

ergghhhh,,,terkena balik,,,hahahha
Pelajaran baru yang saya dapat,,,
Kita tak perlu lah nak menjaja keburukan orang,,,
kita pun bukan sempurna,,
masih banyak kesalahan yang kita buat,,
Sebaliknya,,apa keburukan yang kita nampak,,
Jadi kan satu iktibar,,supaya tidak jadi ikutan diri sendiri,,
Belajarlah dari sekeliling kita,,,

TERIMA KASIH MAK,,
huhuh,,

Sunday, October 30, 2011

Seronok ke kalau kena usha dengan bunyi tikus,,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Semalam saya ada bercerita mengenai "bunyi tikus" tu kan,,
banyak juga respon,,
terima kasih yee kawan-kawan,,
Rasanya harini nak bercerita mengenai "bunyi tikus" tu jugak lah,,
Pada yang tak faham,,
Apa yang saya maksudkan mengenai bunyi tikus itu ialah,,
Bunyi yang dihasil kan oleh manusia untuk tujuan tertentu,,
alahh,,,yang sweet sweet tu,,,
Bunyi ini sangat berbeza mengikut situasi,,
Tetapi tujuan nya sama,,,
Untuk menarik perhatian,,,

Contohnya di Warung-warung,,
Bunyi tikus ynag kita sering dengar sangat mendatar,,
"pfffftttttt""pfffffttttt"

contoh yang kedua,,,

familiar bagi orang perempuan,,,

DIN    :perrgggh,,,man,,,awek tu Man,,,,tak berkelip aku tengok ni,,

MAN  :Huhuhuh,,,,,pffeeeeeeeewwwwiiiiiiiiiiitttttttttttttttttt

Lainkan bunyi dia,,,
Tapi persoaalannya disini,,,
Seronok ke kalau kena usha dengan bunyi tikus,,Saya sebagai lelaki,,
hendak tahu juga,,,
Apa perasaan kaum hawa jika diusik dengan bunyi sebegini??
Adakah anda suka???
Mungkin anda menyampah???
Yang ada pengalaman ,,
Atau pun takde ke,,,
Sila beri pendapat,,
Sekurang-kurang nya boleh kita kongsi bersama,,,
Selepas ni boleh lah saya buat entry berilmu,,
berdasarkan komen anda,,

     Berani nak ngorat aku yeee,,,ameeekkk kaww

Kepada blogger lelaki,,
join je komen,,
no hal :)

Saturday, October 29, 2011

Kau ingat cool ke???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,

rambut idaman,,dah buat dah,,tapi mak tak berkenan,,,kena potong balik,,hua hua



Apa khabar kawan-kawan semua???
Tension jugak kan,,bila hujung hujung bulan ni,,,heee
Hari ni saya takde cerita best pun,,
Tapi tetap nak bercerita,,
Anda semua mesti biasa pergi ke warung-warung ke kan?
Saya kalau makan memang kat warung je,,
Tak larat la kalau hari-hari nak makan dekat restoran mewah,,,
Tapi kalau ada insan istimewa,,,
Tak kesahlah,,,candle light dinner dekat klcc pun sanggup beb,,
hahaha,,,sempat lagi melalut,,,
Back to topic,,,
Bagi yang biasa makan kat warung,,,
mesti dah biasa mengalami situasi seperti ni,,

Di warung makan,,

MAT  :Din,,,cepat lah order din,,,jangan risau aku belanja,

DIN   :okeh,,,pffffttt,,ppfffttt (buat muncung pastu keluar bunyi tikus)

MAT  :
Kau kenapa ni din,,,panggil lah elok-elok sikit,,

DIN   :Apa lah kau ni,,,makan dekat warung je pun,,kolot la kau!!

huh,,seriously,,saya memang tak berkenan dengar bunyi macam ni,,
Dari pemerhatian saya,,,selalunya mereka yang datang berkumpulan,
yang selalu buat macam ni,,
Mungkin nak tunjuk "cool" kot,,
Tapi kesian kat brother or akak tuh,,
Apa pendapat kawan-kawan???
mungkin ada sebab tersendiri???

Friday, October 28, 2011

Telefon Bimbit disalah guna???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Rasanya macam cepat je masa berlalu kan???
oke,,,harini saya ingin membuka topik mengenai peranti moden,,
iaitu "telefon bimbit",,,
Telefon bimbit memang dah jadi keutamaan kita,,
Terutamana golongan pelajar dan yang berkejaya lah,,,
Tapi,,apa yang berlaku pada zaman sekarang ni,,,
Budak sekolah rendah pun rata-rata dah ada telefon bimbit ni,,,
Telefon bimbit yang diorang gunakan pula,,
canggih-canggih,,,,|
kalah orang dewasa,,,huh,,
Tetapi,,"perlukah budak sekolah rendah dijinakkan dengan penggunaan telefon ni???"
Apa pendapat rakan-rakan semua???

Bagi saya mungkin ada baiknya,,,
Tidak kurang juga buruknya,,,


  gambar sekadar hiasan
Apa yang baik???

kringg kringgg ,,

Yen                :Assalamualaikum cikgu,,

Cikgu ungu   :Waalaikumsalam,,haa yen,,ada apa ni??

Yen                :Maaf gangu ye,,,saya nak tanya ni,,macam mana nak jawab soalan,,
                      bla bla bla,, saya tak faham la,,

Cikgu ungu   :Uwh,,kamu buat macam ni,,bla bla bla,,

Yen                :Terima kasih cikgu,,,barulah saya faham

*Ada ke orang buat macam ni,,,memang takde lah kan???heheh

Kebanyakannya,,,


kringgg kringgg,,

Yen   :Assalamualaikum awak,,

Nani :Uwh ni yen kan,,yag mintak no tadi,,

Yen   :Huhu,,awak ingat yer,,,terima kasih sebab bagi no tadi tau,,

Nani :Uwh sama sama,,,ada apa ni??

Yen   :Saje je telefon,,,nak kenal kenal ,,tak boleh ke??

Nani :
Boleh je,,tak salah pun,,,Awak kita mesej keyh??

Yen   :
Ok,,terima kasih tau,,

hahahah budak sekolah rendah tu,,
daripada perbualan yang singkat,,
lama-lama timbul lah bibit-bibit cinta monyet yang tak berfaedah,,
ye lah,,kalau dia dah mintak no fon tu,,
apa lagi???
nak ngorat lah kan??
hahah,,
Adik kepada member saya,,,
Darjah 5 dah pandai date with girl,,Berpimpin tangan lagi,,,
Sayang sayang bagai,,Satu kerja lak,,
saya dengan abang dia kena jadi spy,,
takut buat benda tak senonoh je,,,
Semua nya bermula dari apa???
Semestinya "telefon",,
bertukar-tukar nombor,,,
Akan datang,,,
kalau tak dibendung,,
Agaknya apa yang terjadi yer???
jangan teperanjat kalau rata-rata dah hilang dara or teruna,,seawal sekolah rendah,,
Harap dijauh kan,,
aammmiiinnn

Thursday, October 27, 2011

Bahana Gangguan Seksual

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,, :)

Dah lama tak update entry,,,,,,
Ada masalah dengan connection,,
hujung hujung bulan ni,,,redha je la

Kembali kepada tajuk entry,,,
"Bahana gangguan seksual"
terdapat pelbagai jenis gangguan seksual,,
untuk hari ni,,saya hendak cerita tentang gangguan seksual melalui percakapan,,,
selalunya,,,ini melibatkan kenalan rapat ataupun teman istimewa kita,,
Ramai yang tidak sedar tentang hal ini,,
walaupun dianggap ringan,,
tetapi,,ini boleh mendekatkan kita kepada zina,,,
jadi,,harus berhati-hati,,


"Gangguan seksual melalui percakapan"

Girl    : You,,kita nak buat apa lepas ni??

Boy   :kita bagi "burung i makan" nak tak??

Girl   :Ish apa you cakap ni!!!

Boy  :Eleh you ni,,i bukan orang lain,,,bakal laki you jugak kan,,

Girl   :erm,,

Boy  :eleh,,kata sayang i,,,"kalau melawan 9 bulan tau"

Girl   :ermmm,,you nak apa ni???

Boy  :camtulah sayangg,,,"atas boleh bawah boleh" ,,

Bewareeee!!!!!


Benda ni selalu terjadi pada couple-couple bawah umur,,,
saya bukan suka-suka terbitkan entry lucah macam ni,,
ini memang kenyataan sekarang,,,
yelah bawah umur kan,,,
peringkat umur yang ingin mencuba semua benda,,,
mungkin boleh menahan nafsu,,
tapi kebanyakan nya kalah dengan pujuk rayu,,,
konon,,orang tu segalanya,,,
bila dah bergaduh,,
wall di fb jadi mangsa,,,,!!
sampai dah block orang pun nak bagitau,,
then,,
Dua tiga hari lepas tu,,
Tukar relationship baru,,
Macam tukar baju!!!

*wah emo gila,, :)

Apa pendapat rakan-rakan semua????
-para blogger ibu/ayah.....ada nasihat???

Monday, October 24, 2011

Kerana orang minat,,sanggup menduakan kekasih ??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,
Untuk entry kali ni,,
saya nak cerita pasal lelaki pula ye,,

gambar hanya sekadar hiasan :)
-Pantang dengar orang minat kat dia-

Di sebuah kolej,,,

Razi  :Aliff!!! kau nak dengar satu cerita tak??

Aliff  :Apa dia???kau bagitahu je lah,,,

Razi :Pagi tadi kan ada program mentor mentee,,adalah seorang budak junior ni,,dia kata
         dia minat dekat kau,,,liza namanya,,,

Aliff  :Apa???Liza!!!!,,,junior paling hot tu,,,perghhh untonglah aku,,,,besok aku nak
         pergi jumpa dia,,

Razi  :weyh,,,kau gila ke,,,kau kan dah ada orang istimewa,,

Aliff  :Kau rileks sudah,,,dia bukan sama kolej pun,,tak kantoi punya,,,,takkan
          aku nak lepas kan Liza ni,,rugilah aku,,kau jangan risau lah,,

Keesokan harinya,,,

Aliff  :Assalamualaikum,,awak Liza kan??

Liza  :Waalaikumsalam,,ye saya,,awak ni siapa yerr,,

Aliff  :Saya aliff,,kawan kepada senior awak tu,,,si Razi,,

Liza  :ouh,,kawan abg razi :)

Aliff  :Saya dengar Razi cakap,,,awak minat dekat saya,,heee,,bolehlah kita berkenalan,,,

Liza  :Ouh semalam saya memang ada borak dengan razi tentang saya minat Aliff,,

Aliff  :heheh,,saya tahu tu,,sebabtu saya datang jumpa awak,,

Liza  :Tapi yang saya maksudkan,,Aliff aziz lah wak,,,penyanyi tuh!!!!

Aliff  :errrrr????

*hahahahah padan muka,,,dah ada awek,,tak tau nak bersyukur,,,
*memang ni lah yang selalu jadi sebenarnya,,,antara penyebab kecurangan,,,,
*Pantang dengar orang minat dia,,
*dekat perempuan pun ada jugak keyh,,

*jadi,,,,, nilai hati anda ;)
*Sejauh mana kejujuran yang anda tunjukkan??

Saturday, October 22, 2011

Biarkan orang tua berbicara-Kahwin sebelum bernikah??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,

Semenjak dua menjak ni,, :)
kita sering di hidang kan dengan cerita pembuangan bayi,,
kenapa benda ni sering berlaku pada zaman sekarang ni????
Zaman ibu ayah kita dulu,,,
Susah kita nak dengar kes-kes macam ni,,
Kalau ada pun,,,diorang tak buang bayi tu,,


-Biarkan orang tua-tua berbicara-




Anak   :Zaman sekarang ni kalau bukak je berita mesti kita banyak dengar kes-kes seperti
              pembuanagan bayi

Ayah   :ermm,,,betul lah tu,,,tu pun yang umum dapat tahu,,,sebenarnya banyak lagi kes
             macamni kat luar tu

Anak   :Tu lah ayah,,,yang adik pelik,,budak sekolah pun dah pandai buat kerja haram ni,,,
              kecik-kecik lagi  dah bercinta,,kalau kesudahannya elok,,alhamdulillah la,,

Ayah   :Kalau nak diikutkan,,zaman dulu,,memanglah kecik-kecik lagi dah bercinta,,,
             nak lagi,,zaman atuk nenek kau dulu,,

Anak   :eh,,betul jugak tu,,,tapi kenapa dulu,,masa zaman ayah tak jadi pun kes kes
              macam ni????

Ayah    :uwh,,,sebabnya,,,zaman dulu,,,kecik-kecik pun dah boleh dikahwinkan,,,tak ada
            masalah pun,,,Orang dulu-dulu dia dah fikir dah benda-benda macam ni,,,,zaman
            sekarang ni,,kau tengok lah apadah jadi?/

Anak   :Zaman dulu lain la ayah,,,budak dulu,,,tak sibuk macam sekarang ni,,,
             nak belajar dulu,,

Ayah   :ni lah pemikiran budak sekarang,,,,abis kau ingat budak dulu tak
             sibuk belajar ke??diorang siap sibuk  berperang lagi,,sekarang apa ada???
             konon nak belajar dulu pun,,sebok gak bercinta,,lepas tu kahwin
             sebelum bernikah,,

Anak   :Terima kasih ayah,,sebab memberi nasihat,,,

Ayah   :Kau tu,,dah gatal sangat kke nak bernikah,,

Anak  :Bernikah apa,,,calon pun tak ada,,

Ayah   :Apa susah,,kau promote je lah dalam blog ni,,zaman dah maju,,

Anak  :betul jugak tu,,,haaaa,,ada sape sape yang berkenan tak??ayah dah
            bagi green light ni,,hahah

Friday, October 21, 2011

panazzzz.. bergaduh kerana cinta???

Assalamaualaikum dan selamat sejahtera,,,,

Saya dapat idea untuk buat entry ni,,dari blog ,,,,"Bila Sambal Menumis",,
"Terima kasih bro"



-Bergaduh kerana cinta-




Aina      : Min,,,jom teman aku pergi  bandar,,,,Aku nak selesaikan masalah sikit,,

Jasmin  :Eh,,,kau ada masaalah apa pulak???

Aina      :Aku dah tahu dah siapa yang rampas bf aku,,,tak guna betul betina tu,,,
               aku nak pregi serang,,

Jasmin  : Kau ni!! tak baiklah cakap macam tu,,,,kau berbincang pun tak,,,kau nak
                main serang je,,

Aina      :Aku peduli apa!!!,,,benda aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri,,

Jasmin  :Ntah-ntah perempuan tu pun tak tau yang bf kau dah couple,,,

Aina      :Kau ni !!! kata je bestie,,bukan nak support aku,,,aku tak peduli,,
              apa nak jadi,,jadi lah,,

Jasmin  : ouh,,disebabkan kita bestie,,,kalau kau hisap dadah ke,,aku kena join la???
                macam tu???

Aina      : Argghhh...lantak kau lah,,buat bertambah sakit hati aku je,,

Aina pun bergegas ke bandar,,,
kononnya nak menyelesaikan masaalah,,,
Kita tengok apa yang jadi?????




Korang nilai-nilai kan lah,,
kalau dia serang macam tu,,,masaalah selesai ke???
macam bertambah je,,,
siap famous dekat you tube lagi,,,

kita pun tak tau situasi sebenar,,,,
jadi,,sama-sama lah kita berdoa agar kejadian seperti ini tidak berulang,,
tak manis dipandang,,

p/s :watak perwatakan dan cerita dalam entry ni,,takde kena mengena dengan
       situasi sebenar,,hanya gambaran,,,

SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,

dengar berbesar hati,,,
kali ini saya join segmen "brother nasz"yag menarik ni,,,,




Amaran dari tuan blog : Blogger yang join segmen ni, kena review blogger yang saya dah pasang-pasangkan. Tak boleh join segmen ni pastu tinggalkan je. Jujurlah dengan diri sendiri. Walaupun saya tak nampak, tapi Allah nampak. So, sebelum nak  join, korang fikir dulu sama ada korang mampu nak teruskan atau tidak. Itu je.

klik "sini" untuk ke blog beliau,,

Mulut orang tua-tua memang masin,,,

Assalamaualikum dan selamat sejahtera,,

Sebenarnya cerita ni memang terjadi pada diri saya,,,
Tapi,,,,untuk entri kali ni,,,,saya ingin menggunakan watak lain sebagai peganti diri,,,

-Sediakan Payung Sebelum Hujan-


Di dalam rumah,,,

Aiman  :  Mak,,,aiman nak pergi pasar kejap,,,mak nak kirim apa apa ke??

Mak    :  
ouh,,kalau macamtu belikan mak kacang kuda dengan nasi lemak kukus
                 letak kerang ye,,,

Aiman  : 
ok mak,,,,aiman pergi dulu ye,,,nanti Aiman belikan

Mak    : 
Hati-hati pergi tu,,,,haa,,,bawa payung tu sekali,,,sekarang ni musim hujan,,,

Aiman  :
  Ermmm,,taknaklah mak,,,kan cuaca cerah je ni,,,buat apa nak bawa payung,,
                tak ada tanda nak hujan pun

Mak    : 
bawa payung tu,,,jangan nak melawan,,,,

Aiman  :
  baik lah mak,,,

Setibanya di pasar,,,Aiman pun berjalan lah sambil bawa payung,,,,
"Ish,,apesal aku kena bawa payung pula ni,,,cuaca dah lah cerah"

"malu gila kot ,,,orang sekeliling dok jeling-jeling"(negative thinking)

      Tiba-tiba,,,,,langit yang tadi sememangnya cerah,,,,telah dikaburi dengan awan kelabu,,,,,
cuaca yang disangka ceria,,,serta merta menangis,,,,
so,macam biasalah,,,,orang semua mula lah kelam kabut,,cari tempat berlindung,,,
Aiman hanya perlu tersenyum sambil membuka payung yang di bawanya,,,

Jauh di sudut hati Aiman,,

"Betul kata orang,,,,sebaiknya,,jangan melawan kata orang tua-tua,,,apa yang diorang nasihatkan,,,ada  
  hikmahnya untuk kebaikan kita juga"
"selamat aku tak basah "
"makanan pun dapat dibeli"
"takdelah kempunan"
"Alhamdulillah"


Thursday, October 20, 2011

Ragam orang kurang siuman :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Second entry untuk hari ini......
 Kali ini saya nak cerita sikit pengalaman dekat warung haritu,,,yelah,,dalam kul 8 camtu,,makanan kat rumah pun semua dah keperut orang lain,,hahah,,makan lambat lagi,,padan lah muka,,,so,,untuk mengurangkan vokal di perut ni,,,dengan gagah nya,,,bawak moto,,dan saya pun pergilah ke warung yang terdekat.


  Setibanya di warung,,apa lagi ,,,mati enjin moto,,,melangkah lah ke warung dengan gaya poket tengah penuh,,,tapi,,apa pun tarak,,gaya pun jadilah,,time nak order pulak bila dah penat berfikir,,,akhirna perut  pun menyuarakan pendapat,,,ni kalau pekena nasi goreng usa memang masyuk ni,,maka dengan spontan,,"Abe,,nasi goreng usa satu,bungkus"..tiba-tiba perut berbunyi lagi "weyh,,kau lupa sesuatu ni,," ,,opsss!! "Abe!! tambah milo ais satu bungkus",,hahah baru complete.

   Perghhh,,panjang mukadimah,,,,hahah,,nak dijadikan cerita,,,tiba-tiba ,,ada pulak,,seorang mamat,,kurang siuman masuk warung tu,,,,dan dengan bangganya,,dia duduk satu meja dengan sorang brother tu,,,,macam dah lama kenal lah,,,brother tu pun kesian kot,,,walaupun muka dia dah terpampang "kemaluan" disitu.

   Yang membuatkan jadi "superb" tu bila,,,mamat tadi tu dengan selamba panggil pelayan tadi,,pastu order air milo,,,pelayan tu pun tanya la kat brother tu "abe nak belanja ke??",,,brother tu pun tak sampai hati,,so dia belanja je lah,,,,

    Bertambah "ohsemm" lagi bila lepastu,,mamat tu,,pergi mintak nasi goreng pulak,,,hahahah,,,,brother tu dah serba salah dah nak belanja ke tak,,,,,tapi dia tetap baik hati oke,,,"takpe lah abe,biar dia order" ,,,

   Ikutkan hati ni,,memang rasa macam nak join sekaki ,,hahahah,,,mamat tu boleh,,takkan saya tak boleh,,,takde apa yang mustahil dalam dunia ni,,hahahah,,,,,,Tapi,,yang membuatkan saya terkesima plus sentap kat sini,,,pabila mamat kurang siuman tadi,,,,order,,,"Nasi Goreng Usa",perggghhhh,,,tersentap mak nak,,,,adakah ini satu kebetulan????atau taste saya sama dengan dia?????heheheheheh,,,ohsemmmmm,,,

kerjanya asyik nak menyalahkan orang je,,,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Semalam tengah best-best tengok berita dengan abang saya,,,tiba-tiba saya terdengar perkataan "Henry  Gurney",,,Jadi dengan spontan nya terus tanya kat abang,,

Yen  : Abang,orang yang sekolah dekat Henry Gurney tu dikira tahanan ke???

Abg :Tu abang tak tahulah,,tapi,apapun kita tak boleh nak pandang serong jugak kan,,kita tak
          tahu hujung pangkal diaorang.
                            

gambar sekadar hiasan yee,,,takde kena mengenapun dengan cerita

   Bila abang saya cakap cakap macamtu,,,saya terfikir,,,ada betulnya juga,,,Kita ni hidup senang betul nak menyalah kan orang,,,Kalau kita nampak kesalahan orang je,,,mulalah itu tak betul,,ini tak betul,,,padahal cerita yang sebenar kita tak tahu.

   Contohnya macam artis lah,,,,kesian saya tengok,,,tersilap sikit,,,habis karier,,,jadi buah mulut orang,,,belum dengar penjelasan dari pihak sebenar,,dah macam-macam andaian kita buat,,,,pergghh kalah media,,

   Bukannya apa,,,sejahat-jahat manusia pun ada nilai baiknya,,,sebab kita tak sempurna,,,Tapi apa yang berlaku sekarang,,,bila kita dah nampak jahat seseorang,,,kita lupakan kebaikan dia,,tak kesahlah sesiapa pun,,,,even member sekolah,kolej,uni, dan rakan sekerja sekalipun..Cuba kita fikir,,,munngkin kita anggap orang tu musuh,,,,kalau macam tu,,kita ni siapa pulak dalam pandangan dia???

Anda selalu tak dipersalahkan???tapi orang,,tak tahu pun cerita sebanar,,mesti pernah kan,,

Moral of the story : janganlah sebok menilai keburukan orang sampai tak sedar yang kita pun ada baik 
                                  buruknya juga,,

Wednesday, October 19, 2011

Sebab-sebab orang tanya soalan yang dia dah tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Lihat tajuk entry di atas,,
Mesti anda semua pernah kena kan??
contohnya macam,,,kita tengah basuh kereta,,,
tiba-tiba,,,"hang basuh kereta ka" heheh
kalau kita fikir positif,,,,ada sebabnya,,

Aku tegoq salah,,,tak tegoq pun salah,,,


Dalam perjalanan nak ke kuliah,,

Yana  : eh sara,,,,kau nak pergi kuliah erk,,,??

Sara  : taklah,,aku nak pergi kedai dobi,,hantar kain baju yang aku tengah pakai ni,,,

Yana : Kau ni,,,orang tegur pun salah

Di depan pintu masuk library,,,

Yana  :wah,,my best friend,,,nak pergi library jugak ke,,

Sara  : Eh ni library erk,,,aku ingakan kedai dobi,,,

Yana  : ermm,,

Keesokan harinya,,,,,

Sara :Eh,,apesal Yana ni,,,sampai hati,,jalan sebelah aku,,buat tak kenal je,,,ni aku nak terasa ni,,

Petang ,hari yang sama,,,

Sara  :Yana!!!! sini lah kejap...kau macam nak lari dari aku je,kenapa???tegur pun tak,,

Yana  :Hurm,,,,kalau aku tegur pun,,aku tak tau nak tanya apa kat kau,,,karang kalau aku tanya yang
          macam selalu tu,,,kau hina aku pulak,,So,baik aku diam je,,,

Sara  :Owh ,,selama ni,,niat kau nak tegur aku lah,,,aku mintak maaf wei,,aku terasa lah
           bila kau buat tak tau je,,maaf tau,,

Yana :Aku pun mintak maaf,,

Contohi lah orang tua kita,,

Pak joe : tengah basuh kereta ke din,,

Pak Din :A'ah,,dah berdebu dah kereta ni,,

P/s:ada ke diorang fire mengfire????
 
Nota pengarang :Kadang-kadang orang tak tau nak tanya apa,,,tapi kalau tak ditegur nanti di kata 
                           sombong,,,tapi nak tanya apa????Kau pe khabar??padahal hari-hari jumpa,,hehehe

Tuesday, October 18, 2011

Belajar dari gagal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,
Saya harap entry kali ini,,
dapat menaikkan semangat anda,, :)

Kegagalan hanya sementara



Semasa mengambil keputusan SPM,,

Ramli     : Aduh,,,teruknya keputusan SPM aku ni,,,,Habis lah masa depan aku

Aiman    : Eh,, apa kau cakap ni,,,kau gagal sekali tak bermakna kau gagal unuk selamanya,,,
                 yang penting kau janganlah mengalah,,,

Ramli     :
Kalau macam ni lah keputusan aku,,,aku dah takde semangat nak sambung
                belajar lagi,,,,,lebih baik aku cari kerja je,,,,,tak tau lah apa nasib aku nanti,,,

Aiman    : Aku hormat dengan keputusan kau tu,,,tapi,dengan syarat??

Ramli     : Apa dia Man,,

Aiman    :  Walau apa pun yang terjadi kau jangan mengalah,,tak semestinya kau tiada
                  pelajaran kau tak boleh berjaya,,

Ramli     : Tapi Man,,,aku dah buat ibu bapa aku kecewa,,,Selama ni mereka
                  sangat mengharap pada aku untuk mengubah nasib keluarga,,,Tapi apa
                  yang aku balas??? hurmm aku pun keccewa dengan diri aku

Aiman   :Ouh,,jadi,kau rasa ,dengan terus kecewa,,,kau dapat mengubah nasib keluarga kau lah
                 yee???kau sanggup tengok ibu bapa kau kecewa untuk kali kedua???,,,    

Ramli    :errr,,,

Aiman   :Mungkin sekarang kau gagal dan telah mengecewakan ibu bapa kau,,,,tapi,,
               kau jangan lah jadikan kegagalan ni sebagai penghalang untuk kejayaan kau kelak,,,,
               Tak mustahil..jika kau teruskan  juga berusaha,,,,Kau tetap akan dapat mengubah
               nasib keluarga,,,walau dengan apa cara sekali pun.

Ramli   :Terima kasih Man,,,aku  dengar nasihat kau...kau lah sahabat aku,,,

20 tahun kemudian,,,

Aiman  : Wah Ramli,,,dah bergaya kau sekarang,,,,kau kerja apa???

Ramli   :Alhamdulillah,,rezeki,,,,,berkat nasihat kau jugak,,,,,aku jual burger je,,,

Aiman  : Wah,,,jual burger je mewah sampai macam ni????|

Ramli   :Alhamdulillah,,,eh jap jap,,,nah ,,kau ambil ni,,,heheh,,,,dibuat dari kilang aku sendiri ni,,

Aiman  : Errrrr,,,jenama "Ramli"....wah,,tak sangka ,,selama ni bila aku guna
               produk Ramli,,,teringat dekat kau,,,,,,tak sangka pulak,,,Memang betul-betul kau,,heheheh

Nota pengarang : "Anda pasti akan menghargai nikmat kegagalan,,,setelah anda peroleh 
                                kejayaan dari kegagalan tersebut,,"

Monday, October 17, 2011

Awek kau memang cantik,,,Serius aku tak tipu !!! Tapi,,,,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,

Kringggg,,,kriinnnggggg,,,,

Razi    : 
Assalamualaikum,,siapa yang memanggil ni ye??

Aiman :  Waalaikumsalam,,,ni akulah Aiman,,,

Razi    :  Owh Aiman,,,haaa,,,ada apa wei??

Aiman : Esok jom kluar pergi jusco,,,aku nak keluar dengan awek aku,,,boleh la,,kenalkan
              dekat kau sekali,,

Razi    : Eleh,,nak menunjuk ar tu,,,okeh,,sok aku datang,,,pukul 10.00am tau,,

Aiman : Ok,,terima kasih,,

Dipendekkan cerita,,,keesokan harinya,,setelah masing-masing sudah berjumpa dan hendak pulang ke rumah,,

Aiman  :
Amacam Razi,,,cantikkan awek aku,,,kalau kau nak cari,,macam ni lah,,,huhu,,baru taknak lepas,,

Razi     : Serius aku cakap,,cantik gila awek kau,,,,semua orang pandang je tadi,,,

Aiman : Eleh,,jangan jeles,,tengokla siapa pakwenya,,heheh

Mereka pun pulang ke rumah masing-masing,,



Sebenarnya,,jauh di sudut hati Razi,,

"Aiman,,,,Awek kau memang cantik,,serius aku tak tipu,,,"
"Tapi sayang,,,"
"Kau biarkan wanita yang kau sayang keluar dengan berseluar pendek ketat atas paras lutut,,"
"Baju nipis ketat body shape yang hanya di cover dengan sweater yang tak berzip"
"itu ke yang kau banggakan??"
"Kau jaja kecantikan orang yang kau sayang??"

"Aiman,,,,Awek kau memang cantik,,serius aku tak tipu,,,"
"Tapi sayang,,,"
"Dengan selambanya kau berpelukan "
"kau tak hiraukan orang awam pun"
"Nanti yang dipersalahkan,,,awek kau jugak"
"Kau suka ke macamtu??"
"Bila aku tegur"
"Aku pula Yang dituduh "kolot" "

"Aiman,,,,,Awek kau memang cantik,,Serius aku tak tipu,,,"
"Tapi sayang,,,"
"Atas dasar apa kau bercinta???"
"Aku harap kau bercinta atas dasar kau akan membimbing dia ke jalan Yang betul"
"Dan bukan hanya mengikut nafsu semata"
"Kalau kerana nafsu"
"Bahagia cuma untuk sementara"
"Aku doakan kau sedar "Man""
"Aaaammiiinn"

Nota pengarang : Dalam hal ini,,kita tak boleh lah nak salahkan wanita je kan,, :)
                              "Terdidik wanita,,,Terdidikk Generasi"

Sunday, October 16, 2011

Setakat makan ayam,,kau ingat kau orang kaya???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,



Di sebuah pasar tani,,,


MAT : Wah din,,,beli sayur je ke,,,kesian anak bini kau makan sayur je hari-hari,,,

DIN  :  Eh kenapa pulak Mat,,salah ke aku beli sayur ni???

MAT :  Takdelah sekali-sekala,,,beli la makanan berdaging,,,,tengok macam aku ni,,,hari-hari bagi
             anak bini aku makan ayam,,,baru lah nampak berduit sikit,,,jangan lah tunjuk sangat
             yang kau tu tak berduit Din,,


DIN :  Eh Mat,,kau beli ayam tu,,dua ekor berapa ringgit????

MAT:  Dalam RM 18 je,,,kalau kau tak mampu,,beli jelah ikan kembung tu,,jadilah,,,

DIN : Mat,,,,aku bru beli cili merah ni je sekilo dah RM 25,,,Ni baru cili merah Mat,,,

MAT:  Errrrr ???

DIN : Mat,,,kau jangan lah tunjukkan yang kau tu tak berduit,,,heheheheh

MAT : !@#$$%%^


Hahahahah,,,padan muka si Mat,,,,kecik-kecik mulut tak bedung,,,hahahah
ohsseeeemmm,,,,saya pun memang tak percaya,,,harga barang seperti sayur-sayuran dah mendadak naik,,,,
Tapi,,setelah buat pemerhatian di pasar Tani,,,
Ternyata benar,,
Cili merah je dah rm 25 sekilo,,,

Moral of the story :setiap bennda yang kita rasa tiada nilainya,,,tidak mustahil akan mendadak harganya suatu hari nanti,,,Seperti kita,,,mungkin sekarang,,kita rasa kita tak berguna,,,,tapi,,suatu hari nanti,,,siapa tahu kan,,,Dapat berkhidmat untuk negara seterusnya membalas jasa ibu bapa,,,insyaallah  :)

Saturday, October 15, 2011

4 perkara yang paling menyampah ketika menggunakan telefon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,


Zaman skrang ni,,,kalau kita tak pernah ada telefon bimbit,,mesti macam menipu je kan,,

yelah,,,zaman sekarang,,budak sekolah rendah pon dah pandai bergaya dengan gadget ni,,,

Tapi,,,,mesti ada "situasi yang buat korang menyampah bila menggunakan telefon ni".....



1.  Bila dah luahkan sesuatu dekat kawan/kekasih dengan panjang lebar,,,,,Dia boleh balas,,,
  
      -ok, k, ooo, bye , k bye , nak tido jap , erm ,up to you ,ntah ,kot ,agaknye la,,
     *mesti bengang je bila dapat balasan macam ni,,,,penat kot kita cerita,,hahah

2.  Bila baru je topup tiba-tiba dapat mesej macam ni,,,,,,,

      -"RM2 dan RM0.50 caj urusan telah dicaj ke akaun anda untuk perkhidmatan
         Sos Topup.Anda boleh mengguna Sos Topup sekali lagi"
      *ni memang paling bengang ar ni,,padahal salah kita jugak,,hahah
     -"RM3 telah dicaj ke dalam akaun anda untuk  yuran langganan
      *masa bila lak aku ada langgan benda-benda camni,,,hahaha

3.  Bila member/kekasih cakap nak tido dulu,,,tapi bila korang call dia,,
     
       -"No yang anda dail sedang sibuk,sila cuba sebentar lagi"
      *tadi bukan main nak tido ,,,tiba-tiba bergayut dengan orang lain pulak,,ohsemm

4.  Bila kita perlukan seseorang untuk berbincang,,,,tiba-tiba,,
    
       -"no yang anda dail tiada dalam perkhidmatan,,sila cuba sebentar lagi" -     
       * Yang ni bngang gak,,asal taching je off phone,,camne nak berbincang/pujuk??
          (mesti ramai yang sentap haha)   

Nota pengarang:
Amacam,,ada yang terkena tak??hehehe

Friday, October 14, 2011

Blog tutorial terbaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,

Ceh,,,,tajuk entry,,,,
Macam hebat sangat pulak,,,
Baca content dulu ye,,,,

Blog tutorial terbaik



*Perbualan di fb

Aiman : haaa,online pun kau,,aku nak tanya sikit boleh

razi     : Kau tanya je lah cepat,tak payah nak panjang-panjangkan entry ni!!

Aiman : Aku nak tukar border blog aku la,,boleh ajar tak??

razi     : Apa susah,,,kan sekarang banyak blog tutorial,,,kau search je lah

Aiman :Eh,,betul jugak tu,,,,terima kasih.

Selepas tamat perbualan ,,Aiman terus menggunakan khidmat incik google untuk mencari tutorial tersebut.

"perghh panjang gila tutorial ni,,,ah,,baca je lah"
"janji blog aku cantik"

Setelah tamat baca dan faham,,tibalah masanya untuk aiman copy kod tersebut ,,,
tiba-tiba,,,

"Shit la,,,,kenapa tak boleh nak highligt text pulak ni"
"penat aku baca woi"
"Terbaik lah tutorial ni"
"menyusahkan aku je"

-Tamat-

Amacam,,korang pernah tak kena macamni,,??
Kepada blog yang ada buat tutorial tu,,,jangan lah letak widget yang tak boleh highlight text or disable right click ni,,,
Sebelum buat tutorial,,check dulu,,,
manalah tau korang pernah letak,,tapi tak perasan,,,,

Thursday, October 13, 2011

pabila barang elektronik dan barang keperluan bersuara - kami juga mahu memberontak ??


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,

Untuk hari ni,,,saya taknak la,,buat entry yang berat topiknya seperti selalu,,,,
nanti yang baca sume stress je,,hahah
oke,,,habis mukadimah
Straight to the point ^_^
Layan lah nukilan mengarut saya ni,,heee

Pabila barang elektronik dan barang keperluan bersuara,,,,



      Alkisah,,, di sebuah rumah pnjawat awam ,terjadi satu tunjuk prasaan khas yang hanya melibatkan barang barang elektronik.Mereka bersepakat untuk berkumpul dan menunjuk perasaan masing-masing.Perhimpunan ini digelar"perhimpunan berkilat 2.1" dengan warna tema hijau.
Mari kita dengar luahan hati mereka.

laptop aser  :   noikiah xmusic,,,aku nak tanya ni ,,apa kau dah buat dekat tuan kita tu sebagai tanda tunjuk    perasaan kita ni.

Noikiah xmusic
:  Jangan risau,,semalam aku dah terjun dalam mesin basuh,,,,buat acara puak lentang

Laptop aser :  Bagus-bagus,,,kau pulak air cond???

Air cond  :  Macam biasalah,,,aku dah tanak keluar kan udara sejuk lagii,,sampai lah tuan kita service.

Tiba-tiba,,perbualan mereka diganggu oleh incik avanzas.

incik avanza :  boleh aku tau,,,apa dah jadi dekat korang semua ni,,aku kan duduk luar,,mana tau cerita dalam rumah ni??knapa korang memberontak??

laptop aser : hehe,,yela,,,hujung tahun ni kan,,gaji tuan kita dah naik,,,ni lah masanya kita pulak nak pencen,,dah penat berkhidmat.

Incik avanza : Eh betul jugak kata kau,,, aku pun dah penat ni,,,apa salah nya,,,dapat pganti yang baru..

Keesokan harinya,,

suami : ayang!!! tolong call teksi,,,time orang nak cepat ni la,,,,avanza ni buat hal,,,tiba-tiba je tak boleh start!!!!

kuang kuang kuang...hahahah

Nota pengarang:henpon ayah saya dah rosak,air cond pulak dah tak sejuk,tau tau je dorang ni gaji nak naik,,,,

Wednesday, October 12, 2011

lelaki perlukan masa untuk berfikir,,tidak seperti perempuan ,,,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,

jom straight to the point,,takde mukadimah :)

Girl : awak, awak sayang saya?
Boy : ye, sayang..
Girl : habis tu siapa saya dalam hidup awak,dalam hati awak ?
Boy : ermm..yang tu susah saya nak jawab..

Lalu si girl pun terfikir,,,
apa yang patut saya lakukan?? perlukah mengharap lagi pada boy itu ??


hey kemonlah,,,jgn cepat sgt fikir bukan2,,,meh dgr jawapan dari dr bangkit,,heheheh

Dr.Bangkit

    lelaki ini tidak seperti perempuan,,yang mempunyai kelebihan  menjawab soalan on the spot tiap masa,,,sebaliknya,,,lelaki akan mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum menjawab,,,sebab itu soalan berkaitan hati dan perasaan ini sukar untuk dijawab,,kerana ia agak rumit,,,beri masa kepada lelaki utuk berfikir,,,mereka bukan tak boleh jawab,,cuma takut jawapannya tak seperti yang anda harapkan.

   pendapat dr bangkit pula,,apa yang penting di sini ialah,,hati masing-masing dan bukannya hanya kata-kata dari mulut sahaja.kata-kata tidak terlalu memainkan peranan malah boleh menyakit kan hati jika salah perkataannya,,,,

   Jika dinilai dari sudut logik pula,,,jika lelaki itu menjawab,,,
    "awaklah kekasih hati saya"
  anda mungkin akan gembira,,tapi,,,
  jika hanya kekasih hati,,,ia tetap boleh berakhir dengan kecurangan,,,

Jika lelaki itu menjawab,,
"bakal isteri"
ia tetap boleh berakhir dengan pencarian,,,masih ada pengakhrannya

jika lelaki itu menjawab,,
"teman hidup"
masih juga boleh berakhir dengan kematian :)

jadi apa yang penting di sini ialah hati,,,,
bukannya dinilai dari segi tingkah laku dan percakapan,,
kerana manusia biasa tidak sempurna :)

nota pengarang;apa kata rakan-rakan dr bangkit???prof prof sekalian??

Tuesday, October 11, 2011

Senyuman memberi anda kelebihan :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,

Maaf kerana sudah lama tidak update entry,,,,,
Kesulitan amat dikesali,,hehehehe

Okey,,,hari ini saya nak berkongsi cerita sedikit mengenai senyum,,,,
single word ye,,not double,,,nanti blogger senyum-senyum marah :)

Pasti ramai diantara yang sentisa senyum je dimana-mana kan???
tapi ramai ke yang ikhlas????hehehehe
Saya sendiri pun susah ak tafsir benda ni :)

Tetapi apa yang saya ingin berkongsi di sini ialah,,,"Kelebihan Senyum"
Antaranya ialah:

Mempunyai daya penarik..

     Normal lah kan,,,,kalau orang yang sentiasa tersenyum tu,,pasti mudah mendapat kawan,,,,,yelah kita tengok dia pun,,sejuk je hati kan,,,cuba kalau kita nampak orang yang sentiasa masam je,,,kita nak tegur ke???kalau perli or kutuk,,mungkin lah kot :) ,,,tapi saya tak macamtu,,hahahah tolong percaya,,,

kelihatan awet muda....

    
Senyum juga merupakan salah satu senaman kerana ia melibatkan banyak pergerakan otot pada bahagian muka,,,,jadi amalkan lah senyuman ni,,,,tak rugi apa-apa pun,,,,pada lelaki kalau sentiasa terenyum,,pasti akan kelihatan hensem/macho di mata perempuan,,,kalau perempuan pula akan kelihatan comel dan anggun di mata lelaki :) tapi pandai-pandailah,,jangan sampai di tafsir "poyo"

Membantu kita untuk berfikiran waras dan positif,,,

    
Jika anda menghadapi masaalah atau kebuntuan idea,,,,saya cadangkan di sini,,,lebih baik anda teseyum,,,kerana senyuman boleh membuatkan emosi kita tenang,,,jika sudah tenang pasti boleh berfikir dengan waras dan dapat membuat keputusan yang baik,,,jika anda sentiasa terfikir perkara negatif atau benda bukan-bukan,,cuba anda senyum,,pasti anda boleh kembali positf,,,mengikut kajiann,,,apabila kita senyum,,otak akan memberi isyarat bahawa,,diri kita pada masa ini dalam keaadaan baik :)

setakat ini sahaja perkongsian saya untuk hari ini,,,
memang ada lagi,,,
tapi saya takut terlalu panjang,,,
jadi cukuplah ni,,,harap memberi manfaat,,

Yang paling penting,,pastikan setiap senyuman yag anda ukir kan itu ikhlas dari hati anda :)



*salah satu,,memang senyum tak ikhlas lansung,,,hahah puihh
      

Monday, October 10, 2011

dugaan itu satu pengajaran..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,



Apa khabar semua rakan bloggers??
Untuk entry kali ini saya hendak minta maaf pada semua,,,
Sebab apa???ini semua kerana saya tidak dapat hendak membalas komen-komen anda buat masa ini,,
saya juga tidak dapat bw teralu lama,,,,
Kepada yang follow saya tu,,,saya akan follow balik dalam masa terdekat,,

Sebenarnya saya baru lepas menerima dugaan,,,
ermm,,
Dugaan apa??Dilanggar kereta,,dan melambung di tengah jalan,jauh la jugak jarak dengan moto,,,,alhamdulillah,,luaran hanya luka sedikit,,
Dalaman tak tau la,,Badan saya sakit sakit sekarang,,,
nak type entry pun,,sedikit menggigil
jadi tidak boleh mengadap laptop terlalu lama,,
Walau bagaimana pun,,
saya tetap akan balas,,komen,,jejak anda perlahan lahan,,
Doakan saya cepat sembuh yer,,,,
apapun,,saya nak mintak maaf

Saturday, October 8, 2011

pengalaman pertama bukan pengahalang untuk kejayaan seterusnya :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,




Hari ni saya hendak share kepada anda mengenai satu cerita yang saya reka sendiri,,,harap ia membantu diri anda dan juga orang lain :)

p/s: responden tergolek ialah orang yang mempunyai masalah
      dr bangkit pula orang yang cuba menyelesaikan masaalah

Responden Tergolek

       Assalamualaikum dr bangkit.Saya menghadapi satu masaalah.Masaalah ini telah membuat semangat saya jatuh untuk mencuba sesuatu yang lain.Saya harap dr.Bangkit dapat membantu saya.
      
       Masaalahnya begini,Saya dan rakan-rakan diberi kepercayaan untuk mengelolakan satu majlis makan malam untuk kolej saya.Ini merupakan pengalaman saya yang pertama.Kami telah membuat pelbagai perancangan awal demi memastikan majlis itu menjadi menarik dan berjalan lancar.Berminggu-minggu lamanya kami berusaha demi untuk memastikan majlis ini berjaya.Kami nak buktikan yang kami juga boleh mengelolakan suatu majlis yang besar.Tetapi segala benda yang kami rancang tidak menjadi.Apabila majlis itu menjadi kucar-kacir,,rakan-rakan yang lain tidak hadir untuk membantu saya.Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.Jadi,saya sangat kecewa.Saya dah putus asa dan saya telah menyebabkan sesuatu majlis yang sepatutnya gilang gemilang menjadi malap.Saya tahu sepatutnya saya boleh buat lebih baik daripada itu.Saya berjanji pada diri saya yang saya tidak akan mengelolakan apa-apa majlis lagi.Saya tak sanggup mengecewakan orang lain lagi.


Dr bangkit

      waalaikumsalam responden tergolek.Saya di sini bukanlah untuk menyelesaikan masaalah anda cuma sekadar ingin membantu supaya anda tidak berputus asa dalam kehidupan anda.

        Mungkin anda ada melakukan kesilapan yang menyebabkan kegagalan kepada majlis tersebut.Tetapi,janganlah jadi kan pengalaman pertama itu sebagai suatu penghalang untuk anda melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.Saya percaya,setelah anda menempuh pengalaman seumpama ini,anda pasti akan lebih gagah untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat akan datang.

         Anda kena percaya pada diri anda.Pada pandangan saya,anda tetap berjaya kerana telah meneruskan majlis itu walaupun tidak seperti yang diharapkan.Dalam percubaan-percubaan yang hebat,anda dianggap cemerlang meskipun gagal.Kegagalan pertama  tidak semestinya menjadi kegagalan untuk selamanya ,,,jadi,anda kena bangun untuk buat yang lebih baik.

       Kegagalan pertama anda bukanlah satu titik penghalang.Pada pandangan saya.sekiranya anda mahukan pelangi,kenalah hujan dahulu.Jika anda mahu melihat bintang,perlulah menempuhi kegelapan malam dahulu. Perkara yang penting apabila berhadapan dengan keaadan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari apa silapnya.

nota pengarang : maaf jika anda rasa entry ini mengarut,,,saya harap apa yang saya sampaikan dapat memberi manfaat untuk menyelesaikan masaalah-masaalah yang lain :)

Friday, October 7, 2011

Tanda lelaki sayang pasangannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,


     Sejak belakangan ini,saya sering membuat entry mengenai perempuan,jadi di sini saya akan berpindah pula pada sifat-sifat lelaki.Kredit pada Sis farah kerana request..Tanpa tulis banyak,kita straight to the point je lah yee...

Tanda lelaki sayang pasangannya:

Perubahan sikap yang dapat dilihat dengan jelas

Kalau lelaki tu ikhlas dan setia dengan pasangannya,kamu dapat lihat dari perubahan sikapnya.Maksud saya di sini,kamu akan lihat dia jadi seorang yg lain selepas mengenali kamu.Hati lelaki yang dianggap keras sebelum ini  jadi lembut kerana kamu.Bahkan dia sanggup melakukan apa saja untuk kamu walaupun kadang-kadang menyusahkan dirinya.Tapi mereka takkan bagitahu yang kamu menyusahkan walaupun kamu boleh faham.

Bersungguh-sungguh memenuhi kehendak kamu dengan rela hati.

Jika kamu mendapat teman lelaki seperti ini,kamu tidak silap memilih teman hidup.Tapi janganlah guna kesempatan ini untuk mengikis duit dia.lelaki kalau dah sayang,tiada duit pun dia tetap akan usahakannya demi kamu.Tengah penat pun dia sanggup jumpa kamu kalau kamu hendak.Ini menunjukkan dia begitu serius dengan kamu dan bukan untuk mengambil kesempatan.Kamu beruntung kalau jumpa macam ni!!!

Akan sentiasa memberi nasihat

Nasihat ini bertujuan untuk mengingatkkan kamu.Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia betul-betul sayang supaya hubungan antara kamu berjalan lancar.Melaui nasihat inilah dia akan cuba untuk mengubah kamu ke arah kebaikan,Kalau sebaliknya jangan lah ikut.kamu tahu lah apa baik buruknya.Jadi terbukalah mendengar nasihatnya.

Sanggup mengubah perwatakan machonya

Dah nama lelaki,kalau jumpa perempuan biasa lah kan,cover sana sini,nak tunjuk macho.Tetapi kalau dia dah sayang kamu,dia dah tak peduli tentang macho.Sebaliknya dia berubah seperti budak-budak untuk mendapat perhatian kamu.Dalam erti kata lain,manja-manja laa,,eeuuuww.Dah takde istilah macho dah masa ni.Lelaki sanggup buat macamni demi melihat pujaan hatinya melayannya lebih dari orang yang pernah dia sayang.Jadi jangan lah igat dia mengada-ngada.Sebenarnya kamu beruntung ..

Sebenarnya saya rasa ada lagi yang boleh dikongsikan,,tapi biarlah dulu,,kalau ada yang nak,,nanti saya sambung lagi,,,,,,,,,,,,,,

nota pengarang:Penulis ada sifat-sifat macam ni,,ada yang berminat tak???,,kesian dia 18 tahun menduda,,hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...