Friday, September 30, 2011

konsep sertu dan samak ,,sama-sama kita belajar ;)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,


.

            semalam,,saya ada letak entry menganai haiwan yg haram dipegang,,,saya baca kebanyakan komen,,,anda menyebut samak,,untuk menyucikan diri dari haiwan tersebut,,,sebenarnya penggunaan kosa anda salah,,,kosa sebenarnya adalah "sertu" bukan "samak".

            Saya pun takkan salahkan anda,,biasalah tu,,saya dulu pun tak tau sertu tu apa,,,sebab selalu dengar orang cakap samak je kan,,,jadi di sini,,,saya ada sesuatu untuk di kongsikan pada semua,,,Sama-sama lah kita fahamkan yer,,,semoga ilmu ini bermanfaat,,,

SAMAK

  1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua    kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

  Sabda Rasulullah S.A.W.:                    
Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)
 
  SERTU
 1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
    dan satu kali dengan air tanah.

3.  Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.
 
ilmu ini saya ambil dari sini,,,(sumber) ,,,,semoga ia bermanfaat kepada semua,,

nota pengarang :harap dimaafkan jika ada kesilapan semasa menyampaikan entry :)



 

Thursday, September 29, 2011

Pegang ni,,haram tak???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,

     Wah dah sehari tak update blog,,,sen heng betul la broadband ni heheh,,,kejap je cecah limit,jgn tanya aku apesal sen heng,,aku pun tak tau kenapa,,,suka hati aku la,,Jiwa dan raga dah meronta-ronta nak update blog ni,,akhirnya aku gagah kan jugak tuk update,,,so,,layan lah wei,,kesian aku,,,hehe..

      Hari ini apa yang aku nak cerita,,,simple je,,,semua orang dah concern pun dengan isu ni,,aku saje je nak tambah-tambah hehe,,bikin panas sikit tk salah kan,,,bukan nya apa,,cuma pelik,,,isu yang sengaja di perbesarkan,,,tapi,,yg selalu kita nampak,,diam pulak,,??

kebanyakan orang akan rasa pelik dan jadikan isu bila pegang benda "haram"ni ???



Tapi????/bagaimana pulak dengan pegang benda ni??!!!! kah kah kah



peaccceeeee :)
 

comel giloss,,,ni agak-agak kalau aku pegang boleh popular tak...huhuh best ni,,,
Nota pengarang : maaf kerana guna kata ganti nama "aku" heheheh ,,,






Tuesday, September 27, 2011

Lelaki,,,tolonglah faham golongan wanita..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

            Semalam saya ada membuat entry mengenai wanita yang perlu membantu golongan lelaki untuk menjaga pandangan mereka.Dah baca ke?..Rasanya tak fairlah kalau hanya wanita je yang perlu bantu lelaki kan,habistu macammana dengan dia orang?Jadi pada entry kali ini,saya akan bukak tajuk "lelaki,,tolonglah faham golongan wanita...."...Harap korang semua baca lah. peaceee...

           Apa yang kitaorang kena faham ni???tak faham betul lah wei,,,,nak kena faham jugak ke???saya ada jugak refer to search engine,,apa yang kitaorang kena faham sal wanita ni....pastu saya refer dekat member perempuan pulak,,dia orang kata betul lah tu,,apa yang betul????hahahah

           Nak diringkaskan cerita,,"lelaki(aku sekali) tolong lah faham wanita ni".Depa ni len macam sket,dah mula dah dialek mix berterabur,,hehe.Luar strawberry dalam coklat,,sekali kita ayat cairr yop..kalau jenis perempuan yang luar konkrit dalam besi sekalipun kalau kita kasi ayat guna formula kimia,,ai^2+<3+yu^3-> bertalu talu,,lebur jugak depa,,so kita ni lelaki kena la beringat,,jaga kata-kata ,,jgn dok nak cover je,,sekali depa dah feeling,,yg lagi dua tu nak campak mana??heheh..pergh terus dua hahaha,,Sanggup ka nak jadikan tiga,,perghh melampau,,heee (bergurau).Kalau betul-betul ikhlas takpa,nanti kita pon dok suka,,payah yop,,di sini menanti,di sana menunggu,hehehe.Kesian lah kat depa ni,,sama sama lah kita bantu membantu ,,,hee


              Kalau dah terlanjur depa suka kita pun,,,balas la elok-elok,,,depa pun ada hati dan perasaan jugak,,jangan nak salah kan depa jaa,,janganlah sebab kita tak suka,,kta pi pakat ramai-ramai panggil satu uni,,dok baca sajak khas bertajuk "kutuk mengutuk amalan mulia"  depan pintu rumah depa,,malu yop oiii,,,lebih baik kita dok bincang elok-elok,suka cakap suka,,dah ada cakap dah ada,,,jgn sampai dah terkena nasi kangkang baru kita nak cakap lek lok,,hehehe .Pastu nak salahkan depa jugak??tak patut tak patut.

            then,,ni last pulak yop,,kalau kita suka kat depa pun,,pastu dgn tak sengaja depa pun dah syok kat kita,,kenal lah dalam dalam dulu yop,,jadi sahabat dulu,,kawan karib,kawan terbaik,perfect admire ,,,jgn risau ,,depa tak lari mana dah,,,then bru lah serius yop,,ni tidak,,bru pangkat junior,,kenal pun bru tiga hari dah dok panggil,sayang,baby,anje,bucuk,jelita,mama,intan,payung,berlian,emas permata,baiduri,,kah kah kah,,bukannya apa,,nanti takut,,belum sampai sebulan,,panggilan baby dok bertukar jadi "babi",,,kesian lah depa,,salah kita jugak,,serkap jarang ja,,,Tak boleh nak salah kan depa jaa,,,
Sekian......................

Nota pengarang : jaga lah hati perempuan ni yee,,depa tolong kita,,kita pon kena tolong depa,,cuba jenguk kisah mak bapak kita bercinta dlu,,bru berkat :)

Sekian terima kasih,silakan komen :)


             






           

Monday, September 26, 2011

wahai wanita,,kesiankanlah kami ni,,lelaki

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

        Hari ini tak tau ar nak citer apa,,,tapi nak buat entry jugak hehehe,,Entry kali ni khas saya tujukan pada wanita,,tapi kalau lelaki nak komen,,silakan,,ada kena mengena dengan kita yop...

        Wanita,,pernahkah anda terfkir,,kerana anda lelaki boleh hanyut,,hanyut apa??,,nanti saya tunjuk contoh,,heee....kalau anda keluar or bahasa idealnya "hang out" pakai la sopan sikit yee,,bersopan tu tak semestinya hang kena pakai jubah dan tudung labuh ,,,hehehe,,ccukup lah sekadar tidak memakai skirt or pakai pakaian yg tak patut,,bahasa kasaqnya,,nampak lurah or sebagainya..Hang tau la lelaki ni kan,,karang kitaorang pakat dok usha baik punya,,hang biising,,tapi hang yang buat pasaii,,heheh

        Bukannya apa,,kesian kat lelaki dik or kak oiii,,kena jaga mata,,,buatnya tengah drive,,hang pakat lalu,dgn pakaiaian yg mahal tapi kain dak complete,,,dengan lenggok yg romantis,,boleh jadi malapetaka hang tau dak,,,sekali pandang memang tahap boleh bawak maut punya.Kesiankan lah kat kami ni,,takut-sok dok jadi macam ni haa,,,Dosa kami dapat siap dengan package sekali.



            Hangpa tak kesian kat kami ka???Hangpa bangga ka kalau kami dok pakat usha hangpa,,atas bawah atas bawah,,tak malu ka??Sedangkan yang kat tv pon,,kami dak berkelip,,ni kan plak hangpa  yang bgi free show,,murah sangat ka??,Bukan suruh jalan pakai bju kurung,,Tapi tak salah pun,,Cuma,janganlah dok tayang2 apa yang lelaki takda tu,,tau la hangpa ada,,tau la lelaki punya size lain,,Ayat dasyat dol,,boleh kena banned ni,,heheh
Hangpa tak kesian kat kami ka???Hangpa nak kepala kami putus macam ni ka????Dah kluar surat kabaq,,bru semua dok pakat nak sedaq,,,



                 Kasihankan lah kami,,wanita oi,,kami nampak hangpa kami toleh tempat lain,,tapi tempat yg kami toleh pun nampak jugak geng geng hangpa,,,nak suruh kami jalan tutup mata ka??Fakta untuk wanita,,,kalau nnak pegi date ka,,pakai la elok elok,,ingat kami suka ka lau pakai pakaian tak sopan,,kami rimas tau tak,,tgk lelaki lain dok pandang,,,dok usha atas bawah depan belakang,,,setan pon dok pusing kiri kanan kiri kanan :).Kami cakap la suka,,bab dok nak jaga hati hangpa ni.Kasihanlah kat kami.dok menipu aja.
Lau hangpa gi date pakai elok elok,,sejuk hati kami,,sayang makin betambah,,hangpa pun selamat ,,orang lain dak mengata pasai hangpa,,, :)

Nota pengarang :maaf dialek berterabur,,mix perak,kedah,pineng .Harap maaf kerana ada menggunakan bahasa yang agak kurang sopan untuk entry diatas.

Sekian terima kasih.silakan komen

Sunday, September 25, 2011

Perlukah pemikiran ditakuk yang lama????

Assalamualaikum dan salam sejahtera.......




               Kali ni,,saya taknak buat entry panjang2 macam selalu,,kalau panjang juga sory,,otak kata jgn berhenti,,,heee,,.Untuk hari ini cukuplah hanya sekadar kita dapat berfikir bersama tentang apa yang telah kita lalui selama ini.Bukan untuk bertelagah tentang sesuatu perkara,,,cukup sekadar mengimbau memori lama untuk kesedaran semua juga.
               Pernah tak kita terfikir tentang kesenangan yang telah kita kecapi selama ini?Dapatkah anda rasa perubahan seiring dengan evolusi kehidupan pada hari ini?yang paling penting adakah anda bersyukur?Persoaalan ini juga ada pada diri saya yang serba kekurangan ni.

               Saya terfikir,jika dahulu,telefon berbentukkan tulang anjing,tapi kini dah senipis papan lapis.Jika dahulu,komputer serupa televisyen tapi kini,siap boleh dikepit dicelah ketiak.Jika dahulu,bandar-bandar dipenuhi kehijaun,tapi sekarang hanya tinggal kelabu kehitaman.Jika dahulu tudung hanya sejenis,tapi sekarang ada yg kembang macam ular tedung,,ps:saya suka perempuan yg pakai tudung macam ni,,nampak comel..hehehh...dah dah,,,.Dahulu,perlu berdepan untuk luahkan perasaan,tapi sekarang dari  laman sosial pun boleh mendapat lamaran.

                 Akan tetapi,,,yang menjadi persoalannya sekarang?? Adakah minda saya,anda,mereka turut bergerak seiring dgn evolusi??Atau hanya menggunakan evolusi untuk kepentingan masing-masing??Perlukah minda kita ditakuk yg lama??menggunakan kuasa untuk mencapai takhta???sama-sama kita fikirkan,,,dan saya juga perlu pendapat anda???semoga masing-masing mendapat manfatnya..aammiinnn

Nota pengarang :harap maaf,,entry ini tetap panjang,,otak saya tidak berhenti ketika menaip,,entry kali ini juga tidak banyak gambar kerana saya menggunkan broadband,paham-paham la hujung hujung bulan ni,tetapi,ini tak mengahalang saya untuk berkarya.jika ada kekasaran pada enty kali ini,,harap dimaafkan.

Luahkan pendapat anda,,terima kasih

Saturday, September 24, 2011

Haiwan pun boleh dididik?????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera........

           Hari ini ,saya masih ingin membawa topik mengenai haiwan,,,cehh tak habis habis kau,,heheheh...Kita sering mengatakan yang haiwan tidak mempunyai akal,,tapi percaya tak anda kalau saya katakan ,,haiwan mempunyai akal,,tetapi tidak hebat seperti akal manusia yang boleh membezakan yang mana baik yang mana buruk.
            Sebodoh-bodoh haiwan pun,,jika dididik dan dijaga dgn baik,,ia boleh mengikut kata-kata tuannya.Bahkan sesetengah haiwan boleh diajar untuk menjadi seperti kita.Pelik bukan?Jika haiwan boleh dididik dan diajar ini kan pula kita manusia,,sesempurna kejadian........

Mari kita renungkan bersama.......

Jika haiwan boleh dididik...............

 
Ini kan pula kita,,,,,,,,,,,,,,,,,





Gambar di atas,,sekadar hiasan....

Jadi,,sama-sama lah kita.............

Nota pengarang : Hidup perlu saling bantu membantu antara satu sama lain,,,minda harus dikongsi,,untuk menjana pembaharuan yang lebih baik,,,,Sebarang kekasaran bahasa pada entry ini,,harap dimaafkan,,,peaccceeeeeee no war

Sekian terima kasih,,silakan komen :)



 

Friday, September 23, 2011

Manusia pun rantaian makanan haiwan?????

   assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,,,,

            Kali ini,saya masih ingin membuat entry megenai haiwan,,heeee pecinta haiwan :) .Maaf kepada sesiapa yang ada fobia terhadap sesetengah haiwan ye,,,saya minta di maafkan.,,Topik kali ini pulak saya ingin mengetengahkan mengenai "rantaian makanan" cehh ,,ini darjah 5 dulu pun dah belajar heheh,,

           Dalam sedar tak sedar kita sering terdengar tentang manusia yang menjadi mangsa haiwan kan??tapi apa yang berlaku???tetap haiwan yang dipersalahkan,,bukan kecuaian mereka sendiri yang dipersoalkan.....
Mari kita berfikir sejenak...


Mungkin mereka boleh membahayakan kita..............




Tetapi,,pernahkah kita terfikir yang kita juga sama demi meneruskan hidup,,,,,,,,

,

,

Nota pengarang : Mari kita ubah persepsi kita :)

Terima kasih,,silakan komen :)

Thursday, September 22, 2011

Mereka pun mengajar kita !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,,,

          Tujuan entry kali ini,,bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa.Ianya sekadar bingkisan yang saya rasa patut kita kongsi bersama.Saya mengaku,topik ini terlalu besar untuk disampaikan oleh boggers muda seperti saya ini,,Tetapi, saya rasa tidak salah untuk saya berkongsi kepada semua.

          Lumrah alam,,,setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan.Setiap insan pasti ada baik dan buruknya sendiri ibarat warna yang ada "pro dan contra"nya juga.Yang jahat pasti pernah berbuat baik.Manakala yang baik,tak lari dari perbuatan jahat.


          Jadi,apa yang saya ingin berkongsi di sini,,"Belajar lah dari kesilapan kita".Lagipun,setiap apa kejadian yang terjadi di alam ini,,merupakan pelajaran dan mengandungi pengajaran yang terbaik buat kita,sama ada dalam sedar atau tidak.Bahkan haiwan yang tidak mempunyai akal pun boleh kita jadikan rujukan untuk kearah yang lebih baik.Asalkan ia dapat mengubah persepsi dan hati kita sendiri.

Mari kita kita renungkan bersama:



         Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah jika sebodoh-bodoh haiwan yang tidak mempunyai akal sekalipun memberikan  contoh yang baik kepada kita,tak salah untuk kita ikut dan sekaligus jadikan iktibar untuk hidup kita kerana kita yang sesempurna kejadian ini pun perlukan pedoman untuk ke tahap yang lebih baik.Jadi renung-renungkan.

Nota pengarang :Pesanan tulus dan ikhlas ini, sekadar perkongsian bersama,,,harap boleh dijadikan pedoman semua.Jika ada terkasar bahasa dan terasa hati harap dimaafkan.

        

Wednesday, September 21, 2011

Ular vs Labah-labah (real)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .......................

         Entry kali ni,,aku nak review tentang perlawanan di antara ular dan labah-labah,,cehhhh ayat !!!
        Aku rasa,,patut kalau dikongsi bersama,,ada pengajarannya,,,Jom sama-sama kita tengok dan nilai :) ,,,,

Memang kita dah jangka bila................................


vs


keputusan????

ayo amaaa!!!
Tapi,memang susah nak percaya kalau.................. 

 
 
Nota suka suki : Jadi,,jangan sesekali memandang rendah pada kebolehan seseorang,,,mungkin dia lebih kecik dari kita,,mungkin juga dia lebih lemah dari kita,,,tapi yang pasti!!! dalam sesetengah aspek,,,mesti ada ,yang dia boleh mendahului kita,,,lumrah alam....Kita tak lebih,kita tak kurang

sekian,,terima kasih sebab baca,,silakan komen

Tuesday, September 20, 2011

Cosplayers terhebat !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,,,,,,

        Untuk entry kali ni,aku nak cerita sikit pasal cosplay,,,,,,,Hehehe lawak jugak lah nak review pasal cosplay ni sebenar nya,,sebab ada cosplayers yang cool tak kurang juga yang hampeh.Bagi yang belum tahu makna cosplay ni,meh aku terangkan.Tapi,memang ramai yang dah tau pun kan???

       "Cosplay ialah singkatan bagi Costume Play.Penggaya akan menggayakan baju-baju yang terdapat pada watak-watak kartun,eatak filem,watak komik,watak anime ataupun watak games".

         Bagi aku cosplayers ni memang akan nampak "menarik" dan "cool" itupun kalau digayakan dengan betul dan bersesuaian dengan penggaya.Kalau tidak memang hampeh,hehehehe sedap je mengata.Masa ni lah kita dapat tengok watak-watak kgemaran dalam bentuk nyata kan.....

Jom kita layan ni.............

Cosplayers akan menjadi "menarik" dan "cool" bila......

Watak "orochimaru" dalam naruto


watak 'Roronda Zorro" dalam one piece

watak "piccolo" dalam dragon ball 
watak "laxus"dalam fairy tail  
Tapi memang buat orang "gelak" kalau...................

tak senonoh kot ???
geli geleman aku

apa motif?????
perggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!



Sekian terima kasih...............Silakan komen :)

Sunday, September 18, 2011

patung yang diminati ramai!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,
Apa khabar semua???? Hehehehe......
Kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang patung yang jadi pilihan ramai sekarang ni,,,,

Domo,Angry bird,Elmo,mr.teddy,,”

Menarik sangat ke?

Apa kata kalau korang ubah sikit minat korang tu,,daripada kumpul patung yang macam ni :





 
Kepada?????





Yang last tu,,jangan sampai kena panah petir ,,hahahah

Amacam????ada berani,,,heeeeee,,,,kepada yang nak buat contest,,bgi je hadiah patung2 yg macam ni heheheh

Silakan komen :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...