Thursday, September 15, 2011

Mengapa cincin di jari manis????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..... :)
         Setiap daripada kita pasti pernah menghadiri majlis seperti  pertunangan atau pernikahan dan ada juga yang telah melaluinya sendiri.Adakah anda perasan,setiap kali wakil dari sebelah pihak menyarungkan cincin,cincin pasti disarungkan ke jari manis.Tapi pernah jugak jadi,,cincin disarungkan ke jari tengah sebab  yang menyarungkan tu menggeletar heheh.Pernah tak anda terfikir mengapa cincin disarungkan di jari ke empat(jari manis) dan tidak di jari-jari yang lain?

         Mengikut kajian,perkara ini bergantung kepada budaya,tradisi,dan kepercayaan sesebuah Negara.Misalnya kepercayaan di Negara-negara barat.Hasil kajian daripada pengkaji  mereka, mereka berpendapat bahawa jari manis mempunyai pembulur darah yang juga dikenali sebagai “Vena Amoris”.pembulur darah ini  bersambung dari jari manis terus ke jantung.Jadi,mereka mengaanggap cincin harus disarungkan ke jari manis.


        Sebaliknya,mengikut kepercayaan di Negara China,Setiap jari yang terdapat mempunyai kaitan dan maknanya yang tersendiri.Mereka beranggapan,ibu jari melambangkan ibu-bapa,jari kedua(telunjuk) melambangkan adik beradik,jari ketiga(tengah) melambangkan diri sendiri,jari keempat(manis) melambangkan ikatan suami isteri dan jari kelima(kelingking) melambangkan anak-anak kita.

 
         Mari kita cuba satu permainan yang menarik.Rapatkan tangan anda,kemudian  cantumkan jari ketiga (seperti gambar di atas).Selepas itu cantumkan juga jari-jari anda yang lain (seperti gambar di atas).
1.       Cuba buka dan renggangkan ibu jari.Ibu jari pasti boleh direnggangkan.Mengikut kepercayaan di Negara China,ibu jari mengawakili ibu bapa.Mereka percaya bahawa setiap orang akan merasa sakit dan akan mengalami kematian.Jadi,ibu jari boleh direnggangkan.

               Rapatkan semula ibu jari tadi.Kemudian,cuba renggangkan pula jari kedua (telunjuk).Jari ini juga boleh direnggangkan.Jari telumjuk pula melambangkan adik beradik.Walau bagaimana rapat pun kita dengan adik beradik kita,satu hari nanti mereka juga pasti akan meninggalkan kita dan mempunyai keluarganya sendiri.

               Selepas itu,rapatkan semula jari telunjuk tadi.Sekarang,cuba  renggangkan jari kelima(kelingking) pula.Saya pasti,jari ini juga boleh direnggangkan.Jari kelima pula melambangkan anak-anak kita.Ini sama seperti adik beradik,walau bagaimana rapat sekalipun,mereka tetap perlu meninggalkan kita.

4           Rapatkan semula jari kelima.Sekarang cuba renggangkan jari ke empat(manis).Pasti tak boleh kan???.Jari  keempat melambangkan persahabatan,cinta dan ikatan suami isteri.Ini membuktikan bahawa ,jika telah berkahwin dan mempunyai ikatan,hubungan cinta harus terus terjalin hingga ke akhir hayat.Inilah pengertian cinta yang sebenar.

Terim kasih.Silakan komen :) (pening kepala fikir dan penat menaip heheheh)
         

9 comments:

Just Mini Love said...

oo.. baru tau,, thanx for sharing.. ;)

yen(toka ziizokukuto) said...

thankz juga coz baca,,panjang gila kan ,,,heheheh

cik kiwi's said...

sunnah rasul pun di jari manis..:)

Angelina said...

Wah. Rasa mcm ninja pula bermain2 dengan jari ni. Nasib baik tak ghaib terus dan muncul ni kg konoha. <-- Akibat terlalu membaca komik.

Btw, nice sharing. Very informative :)

yen(toka ziizokukuto) said...

kiwi,,,yup,,terima kasih coz mengingatkan,,,

angel,,,,tak kesah,,,cuba tengok widget sebelah tu,,,kaki manga jugak ni heheheh

EyA edamanhatiku said...

hehe btulla da try p lao xlipat jari tengah boleh plak regangkan

Wanie said...

nice entry..jari manis memang xleh nak renggang la..hehe

pembetulan, jari kedua tu namenye jari telunjuk kan..hehe..mungkin typing error tu..

pakai cincin di jari manis kan sunnah Rasulullah SAW..tak elok pakai cincin di jari hantu & telunjuk :)

Anonymous said...

menarik!!! thanks sharing yen :) :)

yen(toka ziizokukuto) said...

ok suha :) huhuhuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...