Tuesday, November 8, 2011

pandanglah dengan mata hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
salam eidul adha saya ucapkan buat rakan-rakan semua.
Hari ini,macam biasa lah saya ingin bekongsi satu cerita yang saya rasakan menarik untuk dikongsi

Ceritanya bemula begini.Di sebuah pusat beli belah,kelihatan dua orang gadis sedang berjalan besama.Gadis pertama berpakaian seperti tomboi,memakai t shirt,seluar jeans ketat dan digayakan dengan pelbagai aksesori lain.Gadis kedua pula bergaya sepeti muslimah dan memakai tudung.

sepanjang perjalanan gadis-gadis tersebut,orang awam yang melihat tidak henti-henti memuji gadis kedua tadi,,

"anak muda seperti ini lah yang harus dijadikan contoh,,sedap je mata memandang tidak
  macam yang si tomboi tu,dedah sana sini"

"andai lah gadis muslimah itu menjadi ikutan anak muda sekarang ni, aman lah dunia"

"lihat dari cara pun,orang dah tahu ,gadis berpakain muslimah itu lebih baik,lebih sopan"

Setelah dua orang gadis tadi kepenatan,mereka pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di sebuah bangku yang telah disediakan.Tiba-tiba lalu lah anak kecil bersama nenek tua yang sedang mengangkat banyak beg plastik yang berisi barang-barang.Gadis pertama itu merasa simpati lalu menegur orang tua tersebut.

gadis 1      : nek nak kemana ni,banyak betul barang yang nenek bawa

orang tua  :nenek nak turun ke bawah,,,macam-macam cucu nenek ni minta,nenek beli kan lah

gadis 1      :kalau macam tu biar saya tolong

maka,gadis petama tadi membantu nenek tesebut sambil diperhati oleh gadis kedua.Setelah gadis pertama itu kembali menemui gadis kedua,berlakulah satu pertelingkahan kecil

gadis 1:sampai hati kau pandang je kan,kenapa tak bantu sekali?

gadis 2:kau tak nampak ke aku tengah penat ni

gadis 1:memang lah tengah penat,tapi takkan  nak biar je nenek tu macamtu

gadis 2:kau tak payah nak tunjuk baik sangat lah

gadis 1:ye,aku tak cakap aku ni baik, pakaian aku pun tak tutup aurat,tak macam kau
            tapi sekurang-kurangnya aku jadi diri aku,tidak hanya menunjuk kebaikan
            yang hanya nampak pada luaran.Aku akan berubah bila dalaman aku juga
            dah bersedia.Kalau hanya nak sarung,bila-bila aku boleh buat

Walaupun ini hanya sekadar cerita,tetapi benda ini seperti dah terbiasa terjadi.Kita hanya memandang luaran sahaja dan terus melabel baik dan buruknya.Jangan salah anggap ye,cerita ini bukan untuk mengutuk gadis yg bertudung ke,cuma ingin mengenegahkan satu pepatah iaitu"jangan hanya memandang luaran" ataupun "dont judge a book by its cover".

selama ini kalau kita nampak je gadis yang tak bertudung,macam-macam lah kita cakap,itu tak betul,ini tak betul,Nampak je yag sopan sikit,,"haa,,ini lah yang bagus".Nampak je lelaki couple dengan budak freehair,dah macam-macam kena label."tak pandai jaga awek lah" hehe,,

"tak guna juga kalau kau paksa dia berubah,then,dia berubah demi kau,sebab sayangkan kau,tak betul namanya tu.Kalau nak berubah bukan ikhlas kerana manusia,ingat tu.ikhlas kerana allah swt,barulah luar dalam berubah!!"

"untunglah awek kau"hahahah

renung-renungkan,selamat beramal :)

19 comments:

Ujie Othman said...

nampaknya kedua gadis tu perlu saling menasihati. sorang pasal perangai & sorang pasal aurat.

itulah gunanya kwn..saling melengkapi.

yen(toka ziizokukuto) said...

kujie,,
teima kasih kak,,

MiMiEy :) said...

erm.
betul tu jagak tengok pada luaran jer.
dalaman kita x tau.

yen(toka ziizokukuto) said...

mimi,,
:) tul tu

GojesYoja said...

yela..tp,,x smua nye cm2

Cik Tetra said...

dalaman lagi penting..tapi dlm mase yg sama..kalau luar dalam cantik..lagi bagus..alhamdulillah.. :)

Eyeme said...

kan3! setuju..hehe..first impression x selalunye tepat :D

bobiedanbad said...

hanya sebahagian drp kisah hidup manusia :)
yang buruk tinggalkan
yang baik jd kan ikutan amalan

Ungu Violet said...

setiap individu itu pasti ada kelemahan dan kelebihan masing2..

manusia itu sering lalai dan alpa...sebab itu kita kena saling ingat-mengingati..

yang wajib itu tetap wajib... siapalah kita hendak menidakkan hukum Allah...:)

si robot comel said...

kita sering tengok luaran dia,tapi kita taktau hati dia macam mana.

macam tagline kumpulan jambu maharaja lawak tu. muka legend tapi hati cute.hehe

si robot comel said...

kita sering tengok luaran dia,tapi kita taktau hati dia macam mana.

macam tagline kumpulan jambu maharaja lawak tu. muka legend tapi hati cute.hehe

Fara Atika said...

wah3! terharunye.. hiskkk3..

Unknown said...

xsemestinya x brtudung tu x baik..

Wanie said...

setuju dengan pendapat kak ujie :) 22 pun ade kekurangan..same je macam diriku ini..

reenapple said...

yeah.. setuju.. don't judge book by its cover... daa selalu apply benda ni dalam hidup..=)

peace..=)

hanaahmad said...

inilah yang banyak terjadi sekarang ni. manusia suka menilai dari apa yang mereka nampak di mata, bukan di hati.

ctk said...

masing2 kena cermin diri masing2..ye dak? hihihi

aamalinaazman said...

betol!
sebab ramai kwn2 mimi yg free hair cm tu
deme sebenanye seorang yg baik sgt
cume mungkin belum terbuka hati utk menjadi muslimah yg lebih sejati

kita la yg harus mendorong mereka, medoakan kebaikan mereka kan =]

Unknown said...

luaran tak semestinya sama dengan dalaman..

~ dont judge the book by its cover.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...