Saturday, October 8, 2011

pengalaman pertama bukan pengahalang untuk kejayaan seterusnya :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,




Hari ni saya hendak share kepada anda mengenai satu cerita yang saya reka sendiri,,,harap ia membantu diri anda dan juga orang lain :)

p/s: responden tergolek ialah orang yang mempunyai masalah
      dr bangkit pula orang yang cuba menyelesaikan masaalah

Responden Tergolek

       Assalamualaikum dr bangkit.Saya menghadapi satu masaalah.Masaalah ini telah membuat semangat saya jatuh untuk mencuba sesuatu yang lain.Saya harap dr.Bangkit dapat membantu saya.
      
       Masaalahnya begini,Saya dan rakan-rakan diberi kepercayaan untuk mengelolakan satu majlis makan malam untuk kolej saya.Ini merupakan pengalaman saya yang pertama.Kami telah membuat pelbagai perancangan awal demi memastikan majlis itu menjadi menarik dan berjalan lancar.Berminggu-minggu lamanya kami berusaha demi untuk memastikan majlis ini berjaya.Kami nak buktikan yang kami juga boleh mengelolakan suatu majlis yang besar.Tetapi segala benda yang kami rancang tidak menjadi.Apabila majlis itu menjadi kucar-kacir,,rakan-rakan yang lain tidak hadir untuk membantu saya.Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.Jadi,saya sangat kecewa.Saya dah putus asa dan saya telah menyebabkan sesuatu majlis yang sepatutnya gilang gemilang menjadi malap.Saya tahu sepatutnya saya boleh buat lebih baik daripada itu.Saya berjanji pada diri saya yang saya tidak akan mengelolakan apa-apa majlis lagi.Saya tak sanggup mengecewakan orang lain lagi.


Dr bangkit

      waalaikumsalam responden tergolek.Saya di sini bukanlah untuk menyelesaikan masaalah anda cuma sekadar ingin membantu supaya anda tidak berputus asa dalam kehidupan anda.

        Mungkin anda ada melakukan kesilapan yang menyebabkan kegagalan kepada majlis tersebut.Tetapi,janganlah jadi kan pengalaman pertama itu sebagai suatu penghalang untuk anda melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.Saya percaya,setelah anda menempuh pengalaman seumpama ini,anda pasti akan lebih gagah untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat akan datang.

         Anda kena percaya pada diri anda.Pada pandangan saya,anda tetap berjaya kerana telah meneruskan majlis itu walaupun tidak seperti yang diharapkan.Dalam percubaan-percubaan yang hebat,anda dianggap cemerlang meskipun gagal.Kegagalan pertama  tidak semestinya menjadi kegagalan untuk selamanya ,,,jadi,anda kena bangun untuk buat yang lebih baik.

       Kegagalan pertama anda bukanlah satu titik penghalang.Pada pandangan saya.sekiranya anda mahukan pelangi,kenalah hujan dahulu.Jika anda mahu melihat bintang,perlulah menempuhi kegelapan malam dahulu. Perkara yang penting apabila berhadapan dengan keaadan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari apa silapnya.

nota pengarang : maaf jika anda rasa entry ini mengarut,,,saya harap apa yang saya sampaikan dapat memberi manfaat untuk menyelesaikan masaalah-masaalah yang lain :)

29 comments:

bobiedanbad said...

kekecewaan pertama bukan penghalang, tapi kayu pengukur untuk kita maju setapak dengan lebih baik. Dari setapak itu akhirnya kita akan mengorak langkah dan kemudian akan berlari anak2, berlari pecut mengikut momentum. tapi berhati2 jgn kita terlalu leka berlari hingga terlupa memandang di mana kaki kita berpijak...silap2 kita boleh ter sungkur....

heheheh sorry komen lebih2

Anonymous said...

kekecewaan pertama bley jadi semangat ;D

The day we meet said...

bersusah dulu bersenang kemudian :)

selalunya kita akan merasa yg pahit dlu utk buatkan kita bangkit & mencapai kejayaan..yg penting jgn putus asa :)

cik ika said...

sis law bdepan dhn msala cnfirm jadi kalut...adey

aamalinaazman said...

baik dr bangkit!
ne de merapu
betolla tu
org takkan sedar kalau tak jatuh
org takkan tahu kalau x salah
so sbenanye jatuh tu membuat kan kite sdar dn mnjadikan diri kite lbh bagus dr dulu =]

Eyeme said...

gagal sekali x bermakna gagal selama-lamanya. kan3? huhu

Just Mini Love said...

betul tu yen,,
pengalaman bnyak mengajar kite untuk kita terus bangkit. andai gagal sekali tak bermakna gagal selamanya,,
usaha tangga kejayaan ;)

budakijaupendek said...

yg penting jangan pernah berputus asa dalam hidup.
nice entry dik (:

Amirah Jafri said...

gagal pertama kali bukan gagal selamanya kan??

jangan jadikan masalah sebagai satu bebanan& sebaliknya jadikan masalah sebagai satu pengalaman ;)


#dtg dari blog abg ben ashaari :)

Anonymous said...

yen,

yang pertama bukanlah yang terakhir.

selalunya apa yang diusahakan, itu yang kita peroleh.

berusaha lebih keras untuk mendapat lebih terbaik dalam hidup. :)

Nadia said...

betul kata di atas..kegagalan pertama bukan lah beerti kita akan gagal selamanya..belajar dari kesilapan k..happy alwayz..:)

new entry ::

1. Blog Pilihan Hari Ini ツ
2. BE melekat lagi ツ
3. Tips untuk dapatkan BE ツ

Nasz said...

entry ni menarik. ada mesej yg berjaya disampaikan. jangan putus asa dan kegagalan itu cuma dianggap batu loncatan utk jd lebih baik. suka entry ni.

MOHD NASER.com

Zul fattah said...

Tanpa kegagalan dan kekecewaan.. kita tak akan dapat jd matang..

Unknown said...

betul betul betul !

gagal hari ini bukan bermakna gagal selama lamanya... teruslah berusaha, InsyaAllah... pasti berjaya.. =)

exora said...

belajar dr kesilapan...akan menghasilkan sesuatu yg terbaik nanti, jgn putus asa...

Ana said...

btoi2 saya sokong;)

Cik Tetra said...

learn from mistakes and never give up..fighting.. :)

si kiut lavender said...

ehem...:)

macam terasa jerkk..muhahaha..:P

apapun dgn kegalan sebeginilah yg ajar SKL utk terus bangun dan jadi org yg lebih matang,,
apa pun,sentiasa kuatkan diri,cekalkan hati...

anamizu said...

FAILURE is the key to SUCCESS :)
tabah + sabar ;)



luv,
cik ana

NasQ said...

kalau dah jatuh tu, pandai2 la bangun... dan jangan sampai jatuh di tempat yang sama...

ctk said...

pengalaman itu akan menjadi cikgu yang sentiasa mengajar kita supaya x terus melakukan kesilapan yang sama :D

aiEz said...

jatuh bangun dlam sesuatu tu proses pembelajaran dalam hidup kita jugak,jangan jadikan kegagalan tu sebagai satu penghalang bagi meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya...pengalaman itu mematangkan..belajar dr itu..:)

Ezad Skytech said...

jika gagal sekali tak mungkin kita gagal selamanya kan...sebenarnya kegagalan tu la yang ajar kita erti sabar dan sifat supaya tidak cepat putus asa...

semua tu boleh dijadikan pengalaman untuk kita tempuhi masa2 yg mendatang..:D

reenapple said...

kita belajar dari kesilapan... =)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

gagal hari ini tak bermaksud gagal utk selamanye..belajar dari kesilapan..& jgn berputus asa..

roq said...

kita tak rase nikmat sihat kalau x pernah sakit :)

singgah2 la sini :)

tiefazatie said...

nak jd pakar motivasi eh?hee

Run Away said...

kekecewaan tu lah..yang membuatkan kita lebeh semangat tau...sekali kecewa..bukan utk selama nya....;d

EyA edamanhatiku said...

nak plangi msti ujan dlu..gud entri ne..responden tergolek?hehe lawakla

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...